Debaran kian terasa, dua kerajaan iaitu Srivijanda dan Manjakelat bakal berebut takhta juara Mega Spontan 2023 yang akan berlangsung pada malam Jumaat.

Kalau minggu lalu menyaksikan gabungan empat suara hebat iaitu Hazama, Black, Tomok dan Akim Ahmad, minggu final akan dimeriahkan dengan tiga orang diva popular.

Pentas akhir Mega Spontan 2023 akan dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh tiga orang penyanyi wanita iaitu Amelina, Erra Fazira dan Siti Nordiana.

Hanya selangkah lagi ke minggu akhir, namun kumpulan Campaktakjauh terpaksa akur apabila tersingkir pada semi final Mega Spontan 2023 yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Kumpulan Srivijanda akhirnya merampas semula tahtah di kedudukan pertama dengan markah 36.85 manakala Manjakelat mendapat tempat kedua dengan jumlah markah 35.40 selain mendapat imuniti.

Ahli kumpulan Manjakelat iaitu Joey Daud dipilih menjadi Man Of The Week pada minggu ketujuh Mega Spontan 2023.

Pada akhir segmen, Majakelat yang menerima imuniti telah menyerahkan imuniti tersebut kepada Champaktakjauh.

Pada malam berkenaan, kumpulan Srivijanda yang menduduki tempat kedua menerima markah sebanyak 34.09 peratus manakala Champaktakjauh pula di posisi ketiga dengan markah 29.22 peratus.

Campaktakjauh yang mendapat markah 27.75 sekaligus tersingkir dan menerima hukuman dengan memasuki bilik Mega Merenjis.

Minggu semi final juga menyaksikan persembahan pembukaan daripada empat penyanyi hebat iaitu Hazama, Tomok, Akim Ahmad dan Black yang turut bermain permainan bersama peserta Mega Spontan 2023.

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.

Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahupun kumpulan.

Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

BACA: #MEGASPONTAN2023: Menang Buat Kali Pertama, Majakelat Akhirnya ‘Benamkan’ Kejohanan Berturut-Turut Srivijanda

BACA: Srivijanda Rampas Takhta Juara Minggu Semi Final, Campaktakjauh Akur Tersingkir - “Sebenarnya Saya Dah Jangka Akan Tersingkir Dari…”

Untuk pilihan fleksibel, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.