Aktor hebat Sabri Yunus menjadi sorotan ramai apabila dilihat beratur di kaunter tiket sebuah stesen bas untuk menaiki bas ekspres.

Aksi pelakon yang popular dengan gelaran ‘Pok Ya Cong Codei’ itu dikongsi oleh seorang pengguna di platform TikTok.

“Cepat-cepat habis musim stress, tiba-tiba rasa nok repeat balik cerita Pok Ya Cong Codei ni,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 11 saat itu, Sabri yang berdiri di hadapan sebuah kaunter tiket bas ekspres melambai dan tersenyum di saat aksinya dirakam.

Tampil santai, dia hanya menyandang sebuah beg galas bersamanya.
@_nbla.abuzai25

Cepat2 habis musim stress, tiba2 rasa nok repeat balik cerita pok ya cong codei ni ?

♬ bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi yang mana rata-ratanya memuji sikap rendah diri dan tidak kisah pelakon-pelakon lama di Malaysia.

@ecah oh ecahlow profile.. orang-orang lama ni... tabik springggg”

“@Ayohlong490:Naik bas je Pok Ya”

@gangstaparadise76:Dok dalam bas tido. Hilang penat orang lama”

@AZAM AMIRI:Rare Pok Ya naik bas ja, artis muda-muda loni pakat naik flight belaka. Terbaik Pok Ya!!”

“@user1786867677315:bila legend orang panggil pon tak sombong.. yang baru nak naik tu orang tegur pon sombong”

@pencari ketenangan:steadyy org lama... low profile je dia.. terbaikkk”

@namaku rudie:tabikk springg ke Pok Ya.. Mane nok jupe pelakon low profile camni sekarang”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 100,000 tontonan daripada warga TikTok.