"Jujur tanya, cameraworks ambil siapa? Lagi cun dari actual filem," demikian kata-kata netizen mengenai video ala filem Mat Kilau The Movie menampilkan pelakon Beto Kusyairy yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Dengan kerja kamera serta suntingan yang mendapat pujian ramai, video terbabit dihasilkan sempena pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang Teluk Belanga yang menampilkan Beto sebagai duta.

Pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi berkongsi video ini di laman Twitter miliknya dan ciapan terbabit mendapat lebih 380,000 capaian serta lebih 100,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Puji kualiti video setaraf filem

Menelusuri reaksi di ciapan tersebut, rata-rata netizen memberikan respons positif terhadap video kempen terbabit serta memuji kualiti setaraf filem sebenar.

Warganet juga sempat berseloroh dan membandingkan kerja kamera video kempen tersebut dengan filem Mat Kilau yang didakwa bergegar.

"Lagi steady video ni dari filem gegar tapi tak boleh nak salahkan sesiapa," ciap @zukalala.

"Kenapa camerawork lagi lawa daripada the actual film?" tambah @elle_fara.


Malah, ada juga netizen yang memuji cara pemasaran jenama tersebut yang disifatkan sebagai bijak serta berkualiti.

Ada juga wargamaya yang mencadangkan agar jenama ini terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem secara serius.

"Terbaik! Boleh la buka satu department production,pastu join pitching tv/filem hasilkan karya-karya yang lebih fresh. Aku yakin dengan platform BB ni,u guys will easily capture the market," tulis @KamalRezuan pula.


Beto pernah reject Bulan Bintang?

Meninjau di ruangan Instagram pula, Azzim mendedahkan jenama terbabit pernah ‘ditolak’ oleh Beto kerana kekangan bajet empat tahun lalu.

Kini impian mereka untuk bekerjasama dengan pelakon hebat itu menjadi kenyataan, ramai yang terinspirasi dengan kisah yang dikongsikan oleh Azzim.

"Perjalanan nak ambil abang Beto jadi model Bulan Bintang ni bukan cerita yang singkat, bukan cerita yang baru berlaku.

"Saja nak share dengan korang, 2019 dulu (4 tahun lepas) aku dah pernah pasang impian untuk apa yang korang semua tengok harini.

"Masa tu, duit tak banyak pun. Tapi impian ada, muka tak malu pun ada. Aku approach team Beto dan bagitahu mas kahwin yang aku mampu. Aku mintak harga yang sangat rendah, tak masuk akal untuk seorang Beto. Hahaha. Aku memang tahu pun yang aku akan kena reject. Aku respect “expected rejection” yang diberikan dengan hati yang terbuka.

"Tahun demi tahun, impian aku tak pernah berganjak. Aku tahu satu hari nanti Beto akan join our family. Aku tahu, aku kena grind harder untuk make sure impian tu tercapai.

"Harini, impian aku tercapai. Doa aku makbul. Betul, rezeki tu ada tak cepat tak lambat. Rezeki tu akan datang at the right time. Doa aku 4 tahun dulu mungkin Allah tangguh ke satu masa yang lebih tepat," tulis Azim.

A post shared by orang panggil meri (@meripergibulat)


Sebelum ini, jenama sama juga pernah mengadakan pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records di Menara Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.

Mereka juga menganjurkan konsert Malam Bulan Bintang yang menampilkan ramai nama besar dalam dan luar negara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac lalu.