,
Laman Utama

Student Medic Fify Afrina Cuba Nasib Berlakon Angkara Cinta, Terharu Dapat Bergandingan Dengan Syazwan Zulkifly!

Amri Hassan
17/03/2021
05:55 MYT
Pelajar jurusan perubatan Fify Afrina mengakui seronok dan teruja apabila terpilih untuk membintangi drama popular Angkara Cinta.
Biarpun pertama kali melangkah ke dunia seni, Fify menganggap peluang itu membuka pintu untuknya untuk pergi lebih jauh dalam bindang yang diminatinya itu.
"Saya memang minat berlakon dari dulu, di samping menceburi bidang perubatan ni.
"Tak pernah sangka yang saya akan berlakon dalam drama yang popular seperti Angkara Cinta.
"Jika diberikan peluang, saya ingin cuba gilap bakat saya dalam berlakon dengan lebih serius seperti pergi ke kelas lakonan dan sebagainya, dan cuba nasib saya dalam bidang ini, setelah tamat belajar nanti. Bagi saya, rezeki semuanya di tangan Tuhan," katanya.
Fify yang diberikan peranan sebagai Suri dalam drama Angkara Cinta juga tidak menyangka dapat bekerja bersama pelakon yang diminatinya terutama Syazwan Zulkifly.
"Semua pelakon Angkara Cinta sangatlah friendly dan mudah untuk bergaul dengan mereka.
"Tambahan pula semuanya hampir sebaya dengan saya, jadi memang senang untuk berborak dan berlakon dengan mereka.
"Saya juga agak terharu kerana dapat berlakon dengan Syazwan Zulkifly, yang merupakan pelakon yang hebat dan ‘versatile’ dan dia juga banyak membantu saya dari segi lakonan," katanya.
Malah, Fify turut menjadikan pelakon berbakat besar Nabila Huda sebagai idolanya dalam bidang seni.
"Jika diberikan peluang, saya ingin cuba untuk lakonkan watak antagonis, sebab saya nak cuba untuk keluar daripada “comfort zone”.
"Watak watak yang lebih sukar dan mencabar. Bagi saya, jika netizen dapat ingat nama watak dalam sesebuah drama, bermakna lakonannya hebat dan memberi kesan.
"Antara pelakon yang beri inspirasi kepada saya ialah Nabila Huda, kerana dia merupakan seorang pelakon yang mampu membawa banyak jenis watak dan semuanya bagus belaka," tambahnya.
Menerusi drama Angkara Cinta, Fify melakonkan watak Suri, seorang ustazah yang lemah lembut yang kematian ibunya.
Cabaran bagi Fify apabila perlu menjaga aurat, pemakaian dan tingkah lagu demi menjayakan karakter tersebut.
Drama Angkara Cinta kini disambung lagi sebanyak 45 buah episod baharu menjadikan jumlah keseluruhan 115 buah episod.
Drama bersiri ‘Angkara Cinta’ terbitan syarikat produksi Juita Viden ini telah diadaptasi ke format kisah melayu daripada drama asal ‘The Two of Us’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Tayong Dalawa’ yang mana ia merupakan telenovela popular yang mendapat sambutan hangat di Filipina sekitar tahun 2009.
Drama ini dibintangi Hun Haqeeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Datin Nina Juren, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Roy Azman serta ramai lagi.
Angkara Cinta disiarkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

“Bukan Nak Kata Saya Mahal, Tetapi…” – Shahiezy Sam Terima Bayaran Setimpal Dengan Bakat Lakonan

gempak
20/09/2022
06:00 MYT
Shahiezy Sam bayaran filem Malbatt: Misi Bakara
Laman Utama

Baru 3 Tahun Kembali Aktif, Wanna Ali Okay Tak Popular

gempak
23/02/2021
11:20 MYT
Wanna Ali kini terkenal dengan watak Adira dalam drama Angkara Cinta
Laman Utama

Gara-Gara Angkara Cinta, Hun Haqeem Dibenci? - " Saya Gembira Walau Dicaci"

gempak
20/02/2021
01:55 MYT
Pelakon yang kian meningkat naik, Hun Haqeem akui watak lakonannya dalam drama Angkara Cinta sangat mencabar.
Laman Utama

[VIDEO] Didakwa Buat Penggambaran Drama Di 'Outdoor', Michael Ang Tampil Bersuara! - "Kau Orang Yang Busuk Hati Tu Pergi Bersihkan Jiwa ..."

gempak
16/02/2021
04:35 MYT
Jangan menutup periuk nasi kawan-kawan kau orang dan ahli persatuan kau orang!
Laman Utama

Terbaik! Sebab Sokongan Padu Korang, Angkara Cinta Disambung 45 Episod Lagi!

gempak
08/02/2021
09:20 MYT
Episod baharu bermula petang ini
Unitar