Sebelum ini, usahawan selebriti Neelofa mendedahkan yang dia lebih selesa untuk tidak berada dalam satu frame dengan lelaki yang bukan mahramnya ketika bersiaran di televisyen.

Begitupun, ibu kepada Muhammad Bilal itu berkata, ia bukanlah satu syarat atau larangan daripada suami, malah lebih kepada rasa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Bila nampak saya duduk bersebelahan dengan yang bukan mahram, nampak tidak manis dan tidak sesuai. Tak eloklah untuk sesiapa sahaja yang berstatus isteri.

“Bukan suami yang meletakkan syarat itu tetapi lebih kepada saya yang memilih untuk tidak berada satu frame dengan lelaki dalam program yang disiarkan di TV,” katanya kepada Gempak.

Menurut Neelofa, dia terbuka untuk bekerjasama dengan individu berlainan jantina bagi siaran televisyen jika ada beberapa orang lagi yang turut serta dalam program berkenaan.

“Baru-baru ini, saya ada terima tawaran untuk sertai sebuah program. Hos yang ingin wawancara saya adalah seorang lelaki.

“Jadi, saya beritahu pengurus, boleh atau tidak untuk program berkenaan bawa sekali orang lain selain saya, mungkin lagi seorang atau dua orang, ada perempuan sekali,” katanya.

Ditanya adakah dia mengambil keputusan berkenaan untuk mengelak kritikan netizen, jawab Neelofa: “Keutamaan saya bukan reaksi netizen, tapi lebih kepada tanggungjawab sebagai isteri dan maruah suami saya, itu lebih penting.

“Kalau fikirkan netizen, baik buruk pun mereka akan bercakap juga,” tutup Neelofa.

Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal kembali mengemudikan program bual bicaranya, Next To Neelofa 2.

Antara tetamu-tetamu undangan yang membuat penampilan menerusi musim kedua Next To Neelofa termasuklah Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah, Tya Arrifin, Ustazah Oki Setiana Dewi dan ibu Neelofa sendiri, Datin Noor Kartini.

Saksikan musim kedua Next To Neelofa bermula pada 22 Oktober 2022 pada setiap hari Sabtu pada jam 10 malam di saluran Astro RIA. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!