Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suami Cikgu Istiqomah Tuntut Keadilan - "Dia Isteri Yang Baik"

Gempak
12/08/2024 07:20 MYT
Suami kepada Istiqomah Ahmad Rozi, 34, menuntut hukuman berat terhadap pelaku yang membunuh isterinya dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Mohd Yusof Mokhtar, 35, berkata keluarganya reda dengan ketentuan takdir, tetapi mereka tetap mahukan keadilan ditegakkan.

"Dia (Istiqomah) isteri yang baik, kalau ada apa-apa akan dia minta izin dengan saya.

"Saya nak keadilan baginya, memang kejam pelaku buat macam itu (memenggal kepala isteri)," katanya kepada Harian Metro.


Berkongsi mengenai kesedihan anak-anaknya, Mohd Yusof berkata, Naura Auni, 9, Muhammad Naufal Amzar, 6, dan Nayla Aisya, 4, masih belum sepenuhnya memahami pemergian ibu mereka.

"Anak sulung saya banyak diam, termenung dan rindukan ibunya. Saya pujuk dia, abah ada, datuk dan nenek pun ada. Anak sulung dan kedua akan kata mama (arwah ibu) pergi ke sekolah.

"Anak sulung sebelum ini juga tidak mahu pergi sekolah kerana kawannya selalu bertanya kehilangan ibunya. Sikap anak sulung seperti isteri saya, pendiam dan suka tolong orang," katanya.

Imbas kembali kenangan


Ibu Istiqomah , Saleha Ya, 58, mengimbas kenangan terakhir bersama arwah ketika bercuti bersama-sama di Morib, Selangor, dua hari sebelum kehilangan Istiqomah.

"Ketika bercuti di Morib, arwah mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kami sekeluarga pasrah dengan ketentuan Ilahi.

"Dia suka bantu orang. Dia pun selalu hulur bantuan kepada mak saudara, bagi (bantuan) bulan-bulan," katanya.


Dalam pada itu, bapa mangsa, Ahmad Rozi Latimin, 64, berkata, jenazah arwah akan dibawa balik dan dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, selepas selesai proses tuntutan jenazah.

BERITA TRENDING: Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

BERITA TRENDING: Mayat Tanpa Kepala Sah Milik Cikgu Istiqomah

BERITA TRENDING: Demi Pendidikan Berkualiti, Caliph Academy, USSB Meterai MoU Kerjasama Strategik

BERITA TRENDING: Kes Wanita Ditolak Suami Ke Gaung: Mangsa Ambil 9 Jam Untuk Naik Semula Ke Atas, Hanya Fikir Anak-Anak


Hari ini, polis mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemukan dalam tong sampah di Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember lalu itu adalah Istiqomah.

Sumber: Harian Metro

#Suami #Bunuh #Mati #Keadilan #Cikgu Istiqomah
;