Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suami, Isteri Disyaki Dera Anak Angkat Hingga Mati Disambung Reman

Gempak
18/06/2024 07:02 MYT
Reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, minggu lalu dilanjutkan selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, reman terhadap lelaki berusia 66 tahun dan isteri, 27, itu diperoleh sehingga Jumaat ini bagi melengkapkan siasatan.

Menurut beliau, permohonan dibuat selepas reman selama enam hari sebelum ini tamat pada Ahad.

Abang Zainal Abidin berkata, kedua-dua suspek itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat.

Media melaporkan pasangan terbabit ditangkap di sebuah rumah di Taman Malcop, Silibin pada 10 Jun lalu berikutan kematian anak angkat mereka yang mempunyai kesan lebam di seluruh anggota badan disyaki dipukul dengan objek tumpul.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul selain terdapat kesan luka koyak dan lebam pada vagina dan dubur mangsa.

Sumber - Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama Dua Bulan

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Maklumat Disebarkan Itu Adalah Fitnah - Peguam Keluarga Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: PM Arah PDRM Siasat Rapi Kes Faisal Halim & Zayn Rayyan

​ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: Bukit Aman Minta Bantuan MCMC Sekat Maklumat Kononnya Fakta

ARTIKEL BERKAITAN: #JusticeforZaynRayyan: JKM Akan Dapatkan Perintah Jagaan Sementara Adik Zayn Rayyan

​ARTIKEL BERKAITAN: Pembunuh Sebenar Zayn Rayyan Kembali Jadi Tanda Tanya
#Anak Angkat #Suami Isteri #Dera anak angkat #Dera anak sampai mati