Laman Utama
Suami Paksa Gugurkan Anak & Hilang, Pinkan Mambo Balas Bercinta 5 Lelaki Sekaligus
Salah seorang penyanyi yang pernah cukup popular di Indonesia, Pinkan Mambo baru baru ini membuka cerita kelam yang pernah terjadi dalam kehidupannya.
Peristiwa kelam itu terjadi sewaktu dia masih menjadi salah seorang anggota Ratu bersama Maia Estianty.
Oleh kerana pelbagai masalah yang dilaluinya, dia kemudian memilih untuk keluar daripada grup duo tersebut pada tahun 2004.
Antara kisah kelam yang disimpannya adalah dia pernah berkahwin dengan seorang anak orang kaya.
“Saya pernah menikah sama anak orang kaya. Tapi saya ditinggalkan selepas ibunya tidak menyukai saya.
“Apa yang paling memedihkan adalah saya hamil dan dia meyakinkan saya untuk menggugurkan anak kami. Malangnya selepas saya menggugurkan anak, saya ditinggalkan!”kenang Pinkan seperti dilaporkan Kompas.
Berasa dirinya tertipu, Pinkan mengaku mengalami depresi.
“Saya alami depresi. Saya lebih rela bercerai daripada menggugurkan anak,” katanya lagi.
Dan oleh kerana sakit hati, Pinkan pun menjalin hubungan dengan lima lelaki sekaligus sehingga dia hamil.
“Saya depresi dan nak balas dendam, saya bercinta dengan lima lelaki sekaligus.
“Kemudian saya hamil, tapi malangnya saya tak tahu itu anak dari hasil hubungan yang mana satu.
“Maia pun mengetahui hal itu dan dia minta saya buat beberapa pilihan sehingga akhirnya saya memutuskan keluar dari Ratu,” akui Pinkan.
Setelah keluar dari Ratu, Pinkan masih aktif sebagai penyanyi solo, namun kehidupannya tidak begitu baik sehingga terpaksa mencari nafkah dengan cara meniaga online kerana tiada tawaran menyanyi.
Must-Watch Video