Laman Utama

'Suami' Terlibat Pengubahan Wang Haram, Hidup Fasha Sandha Huru Hara

gempak
Maliah Surip
22/05/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
'Suami' Terlibat Pengubahan Wang Haram, Hidup Fasha Sandha Huru Hara
Pelakon terkenal Fasha Sandha menceritakan dirinya menjadi huru hara dan mengalami masalah rumah tangga sebaik mengetahui suaminya selama ini merupakan seorang scammer.
Tembelang suaminya sudah lama tidak bekerja terbongkar sekaligus mendedahkan pekerjaan terkini yang dilakukannya iaitu pengubahan wang haram.
Lebih memedihkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan bersama bekas kekasihnya.
"Begitulah lebih kurang jalan cerita mengenai karya terbaharu lakonan saya dalam drama terbitan Radius One, Scammer," kata Fasha kepada Gempak.
Fasha melanjutkan bicara dengan menceritkan watak dan para pemain lain yang terlibat dalam drama yang akan menemui penonton bermula 24 Mei ini di Astro Ria pukul 11 malam.
"Saya membawa watak Nisa, seorang isteri hamil manakala suami saya adalah Kamal Adli. Dia terlalu sayangkan Nisa dan ingin memberi kemewahan kepada saya.
"Tanpa pengetahuan saya, dia sebenarnya seorang scammer dan melakukan kerja haram ini bersama bekas kekasihnya," ujar Fasha.
Menurut Fasha hal yang membuat dia teruja terbabit dalam drama ini adalah moral dan informasi yang disampaikan kepada penonton.
"Ini adalah sebuah karya pertama seumpamanya yang memaparkan kisah scammer. Jadi saya sangat teruja apa lagi ia bukan bersifat hiburan semata tapi banyak memberi kesedaran moral dan informasi kepada masyarakat tentang 'budaya kotor' yang wujud dalam kalangan masyarakat ini.
Selain itu kata Fasha elemen komedi yang diwujudkan dalam drama ini juga pasti membuat masyarakat terhibur.
Tidak hanya Fasha dan Kamal Adli, Scammer turut dibintangi Siti Saleha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir, Didie Alias, Brian Chan, Chew Kin Wah, Muaz Fitri, Megat Sharizal, Tony Eusoff, Aireen Riana, Faizul Syaharin dan Kak Girl.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live