Laman Utama

Suamiku Kawan Ayahku… Kenal Sejak Kecil, Wanita 19 Tahun Bahagia Kahwini Lelaki 34 Tahun Lebih Tua Daripadanya

gempak
Izwan Isa
27/07/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Suamiku Kawan Ayahku… Kenal Sejak Kecil, Wanita 19 Tahun Bahagia Kahwini Lelaki 34 Tahun Lebih Tua Daripadanya
Viral di media sosial baru-baru ini apabila seorang wanita bernama Pebriyanti berkongsi gambar nikahnya bersama seorang lelaki yang berbeza usia sebanyak 34 tahun.
Menerusi perkongsian berkenaan, Pebriyanti yang berusia 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang berusia 53 tahun. Menariknya, suami Pebriyanti merupakan kawan kepada ayahnya sendiri.
Pebriyanti menerusi Wolipop berkata, dia bertemu dengan suaminya, Nurhadi ketika usianya sekitar 5 atau 6 tahun.
“Ketika itu abi (panggilan suaminya) datang ke rumah bersama bekas isterinya. Dulu hanya kenal macam itu sahaja sebab abi sahabatnya ayah yang sering berkunjung ke rumahnya.
“Kemudian terputus hubungan untuk sekian lama sehingga akhirnya saya berumur 19 tahun. Entah kenapa ayah teringin sangat nak jumpa kawan-kawan dia. Ayah bertanya dengan rakan-rakannya sehinggalah dia menerima alamat rumah abi.
@bybyhhy Rahasia kebahagiaan itu ada dalam 3 hal: Bersabar, bersyukur, dan ikhlas. #sigersundahijab #pengantinmuda? #pengantinmuda #fypシ #fyp #barbar #pengantinbaru #pengantinviral ♬ suara asli - Biiii
Apabila Pebriyanti bersama keluarganya datang ke rumah Nurhadi, mereka mendapat berita sedih bahawa isteri Nurhadi telah meninggal dunia. Tambahan pula, sejak pertemuan pertama, Nurhadi bergurau tentang susuk tubuhnya yang mula berubah sehingga kini.
"Sebab saya seorang yang ceria, gembira, jadi datanglah keselesaan. Abi menawarkan saya untuk makan dan ia menyebabkan saya berasa selesa dan tertarik," kata Pebri.
Tidak lama selepas pertemuan itu, Pebri dan Nurhadi bertukar-tukar nombor WhatsApp dan kemudian mula berbual dengan kerap. Kandungan perbualan mereka bermula dari sekadar mengambil berat antara satu sama lain hinggalah kepada memberikan sokongan.
“Sehingga akhirnya pada 1 Mei 2023 abi segera datang ke rumah saya dan saya segera dikhabarkan untuk menentukan tarikh perkahwinan iaitu 1 Julai 2023,” katanya penuh emosi.
Pebri tersentuh kerana peribadi Nurhadi yang penyayang. Lelaki tersebut disifatkannya sebagai pandai melayannya dengan baik dan lembut.
"Tentang perasaan yang saya sendiri rasakan ialah kasih sayang yang begitu mendalam kerana dia melayan saya dengan begitu baik dan lembut. Hingga akhirnya saya cair. Saya lihat dan rasa darinya ada figura bapa, kekasih, kawan dalam dirinya," kata Pebri kagum.
Pebri berkata Nurhadi seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Dia juga semakin yakin Nurhadi adalah anugerah jodoh daripada Allah SWT untuk membimbingnya menjadi lebih baik di masa hadapan.
Sumber: Wolipop
BACA: “Baju Kahwin Tak Muat Terpaksa Duduk Belakang Pick Up” - Shikin Maembong Kongsi Momen Lucu Masa Resepsi
BACA: Isteri Fadlan Hazim Dedah Punca Keluarga Tak Datang Majlis Kahwin - "Jangan Memandai Buat Andaian, Sebenarnya Ibu Saya ..."​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024