Viral
"Suara Saya Merdu, Setanding Anuar Zain!" - Aliff Syukri Terkilan Tak Pernah Tercalon AJL
Penyanyi dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri terkilan apabila kesemua lagunya tidak pernah tercalon untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Kata Aliff, lagu dan suaranya punyai kualiti untuk diangkat ke peringkat yang lebih tinggi misalnya AJL.
"Saya dah buat macam-macam lagu, ada nasyid dan disko pun tetapi kenapa lagu saya tak tercalon AJL, apa kurangnya lagu saya?
"Saya ada suara yang sedap dan merdu, berjuta-juta nak tengok nyanyian saya tetapi bakat saya tak dihargai.
"Lagu saya setanding Anuar Zain, Faizal Tahir dan penyanyi yang pernah ke AJL, apa kurangnya lagu saya berbanding mereka yang tercalon?" ujarnya menerusi sepotong video di Instagram.
Tambah Aliff, kredibiliti nyanyiannya tidak perlu dipertikaikan memandangkan dia telah menghasilkan enam lagu setakat ini.
"Kalau tidak takkanlah saya telah mengeluarkan lebih daripada lima lagu dan jumlah tontonan juga berjuta-juta.
"Adakah mereka yang mendengar lagu saya sebelum ini halimunan? Apa salah saya?" soalnya lagi.
Antara lagu yang pernah dinyanyikan Aliff ialah Bobo Di Mana, Biar Apa Orang Kata, Abang Nak Tegur dan Agama Kedamaian.
Justeru, ada yang beranggapan bahawa Aliff sendiri perlu mengambil inisiatif untuk menghantar pencalonan lagu-lagunya seandainya mahu melangkah ke peringkat lebih tinggi.
Must-Watch Video