Laman Utama
Sucinya Cinta Ubai Pada Shila Amzah, Beri Cincin & Akan Ikut Adat Sebelum Nikah
Percintaan di antara penyanyi Shila Amzah dengan kekasihnya, Influencer Ubai bukan lagi rahsia.
Apa lagi kedua-duanya tidak lokek berkongsi serba sedikit perkembangan hubungan mereka dalam laman sosial masing-masing.
Antara yang dikongsikan adalah ‘sesi’ pembelian cincin baru-baru ini.
Kata Ubai, cincin yang diberikan kepada pelantun Jauh Hati itu sebagai tanda kasih dirinya membawa hubungan cinta mereka ke fasa yang lebih serius.
“Ya saya beli cincin itu sebagai tanda membawa hubungan ke arah yang lebih serius,” akui Ubai saat ditemui pada sidang media pelancaran filem Polis Evo 3 di Petaling Jaya, Selangor.
Dan meski usianya masih muda iaitu 25 tahun, dia tak main-main soal memperisterikan ibu tunggal anak satu yang berusia 32 tahun itu pada masa akan datang.
Namun dia mahu segalanya berjalan sesuai adat.
“Cakap soal menuju alam perkahwinan, saya muda lagi. Shila banyak beri nasihat pada saya.
“Tapi jika saya ingin memperisterikan Shila, saya akan ikut adat Melayu. Akan merisik dahulu, bertunang dan seterusnya,” katanya polos.
Must-Watch Video