Amri Hassan
Mon May 01 2023
Penyanyi kelahiran Australia, Lenka mengakui menggemari beberapa juadah popular di Malaysia antaranya laksa dan nasi lemak.
Kongsi Lenka, 44, yang kini berada di Kuala Lumpur untuk konsert pertamanya di Malaysia pada malam ini, dia akui hidangan terbabit punyai keunikan tersendiri.
"Saya pernah beberapa kali datang ke Malaysia dan kali ini saya hadir untuk mengadakan konsert untuk peminat-peminat setia saya di sini.
"Harus saya akui, saya sangat sukakan Malaysia. Cuaca pun bagus, saya sukakan penduduk di sini, mereka sangat peramah dan pastinya di sini syurga makanan terbaik di dunia!
"Hidangan paling saya gemar setiap kali ke Malaysia ialah laksa dan nasi lemak. Ya, saya suka makanan pedas," katanya kepada Gempak.
Lenka ditemui sempena keberadaannya di Kuala Lumpur untuk Lenka Live in KL yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei 2023.
Teruja untuk mengadakan persembahannya di sini, Lenka bakal menyanyikan lebih 16 buah lagu yang dipetik daripada beberapa albumnya termasuk dua EP terbaharu, Discover dan Recover.
Lenka juga akan menyapa peminatnya menerusi lagu-lagu popularnya seperti What Goes Up, On My Side serta dua hit terkenalnya, Trouble Is A Friend and The Show.
"Saya pernah mengadakan persembahan sebelum ini cumanya saya berkongsi pentas dengan beberapa artis, kali ini konsertnya cuma saya seorang.
"Sudah pasti saya teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat saya di Kuala Lumpur. Saya akan berinteraksi dengan peminat dan pastinya akan ada kejutan yang menanti.
"Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang kebanyakannya sudah serasi, akan ada lagu-lagu yang sudah lama saya tidak nyanyikan juga dan lagu-lagu baru," ujarnya.
Sementara itu, penganjur konsert Lenka Live in KL, Push Play yang diwakili Nika yakin dengan sambutan saat akhir dari peminat penyanyi wanita itu pada malam ini.
"Lenka akan membawa kita mengimbau semula memori kita suatu ketika dahulu dan penjualan tiket untuk pengunjung saat akhir masih dibuka sebelum bermulanya konsert pada malam ini," tambahnya.
Tiket Lenka dijual dalam beberapa kategori iaitu RM189 (Standing Zone), RM239 (Upper Seated Zone) dan RM3,800 (VIP Box).
Pembelian tiket juga boleh dibuat melalui www.myticket.asia. Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.