Skip to main content

Selebriti

Suka Bersedekah Tanpa Publisiti, Individu Ini Dedah Sisi Fazura Yang Jarang Diketahui - “Satu Lori Penuh Beras & Keperluan Asas…”

Fazura

Sekilas

  • Pelakon Fazura didedahkan sebagai seorang yang pemurah dan suka bersedekah secara senyap tanpa publisiti oleh rakan sekerjanya, Hafiz Mohamed Nassir.
  • Fazura konsisten menyalurkan bantuan makanan setiap hari Jumaat kepada golongan memerlukan termasuk anak-anak yatim.
  • Hafiz menggambarkan Fazura sebagai individu yang baik hati, lemah lembut, dan penuh kasih sayang terhadap orang sekelilingnya.

Pelakon, Nur Fazura sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas seorang individu tampil mendedahkan sisi peribadinya yang jarang diketahui umum.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, individu yang dikenali sebagai Hafiz Mohamed Nassir berkongsi pengalamannya bekerja bersama Fazura yang disifatkan sebagai seorang yang pemurah.

Menurut Hafiz, sepanjang tempoh bekerjasama, dia mendapati Fazura merupakan seorang yang gemar bersedekah namun tidak pernah menghebahkan kebaikan yang dilakukan kepada umum.

“Sepanjang pengalaman saya bekerja dengan @missfazura , ada satu perkara yang ramai orang mungkin tidak tahu tentang dirinya.

“Fazura adalah seorang yang sangat suka bersedekah, tetapi dia tidak pernah suka menceritakan perkara itu kepada umum.

“Banyak perkara baik yang dia lakukan dilakukan secara senyap dan penuh keikhlasan,” kongsinya.

Tambah Hafiz lagi, antara yang pernah disaksikan sendiri olehnya ialah usaha konsisten Fazura menyalurkan bantuan makanan setiap hari Jumaat kepada golongan memerlukan termasuk anak-anak yatim.

“Antara yang saya sendiri pernah lihat, setiap hari Jumaat akan ada bantuan makanan dihantar kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

“Satu lori penuh dengan beras dan keperluan asas. Perkara itu dilakukan secara konsisten, tanpa hebahan, tanpa publisiti. Itulah sifat sebenar beliau.

“Bagi saya secara peribadi, Fazura adalah seorang yang baik hati, lembut dan penuh kasih sayang,” dedahnya.

Dalam masa sama, Hafiz turut menyifatkan Fazura sebagai seorang individu yang baik hati dan lemah lembut  terhadap orang-orang di sekelilingnya.

“Kadang-kadang kita tidak pernah tahu apa yang seseorang itu sedang lalui dalam hidup mereka, tetapi melalui cara dia melayan orang di sekelilingnya, kita boleh nampak keindahan hati seseorang itu.

“Saya hanya ingin berkongsi dari pengalaman saya sendiri bekerja dengan beliau, Fazura adalah seorang yang sangat baik.

“Jika kita tidak mempunyai sesuatu yang baik untuk dikatakan tentang seseorang, mungkin lebih baik kita memilih untuk diam,” jelasnya.

Sumber: Threads @hafizmohamednassir

Anda mungkin berminat dengan

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

Ritma Top Only by Mirzen | Kurung Pahang Pesak Kekek Cotton Raya 2026

Ritma Top Only by Mirzen | Kurung Pahang Pesak Kekek Cotton Raya 2026

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement