Skip to main content

Viral

El Azman Nafi Perniagaan Rugi Sebab Fattah Amin - "Jualan Butik Kami Meningkat 100 Peratus Tahun Ini"

Astro Gempak elrah fattah

Sekilas

  • Usahawan El Azman menafikan dakwaan perniagaan baju Melayu Elrah akan rugi selepas lantik Fattah Amin sebagai duta.
  • Elrah mencatat peningkatan jualan 100% tahun ini dengan kerjasama beberapa figura terkenal termasuk Fattah Amin, Johan Ghazali, Joe Flizzow, Aya Balqis dan Arif Aiman.
  • El Azman puji Fattah Amin sebagai duta yang mudah bekerjasama dan berjaya tarik sokongan pelanggan, sekaligus menghapuskan boikot terhadap jenama tersebut.
Advertisement

Usahawan El Azman tampil menjawab dakwaan yang tular di platform Threads kononnya perniagaan baju Melayu miliknya bakal mengalami kerugian selepas mengambil pelakon Fattah Amin sebagai duta.

Menafikan spekulasi tersebut, El yang juga pengasas jenama Elrah menjelaskan bahawa perniagaannya sebenarnya mencatat prestasi memberangsangkan, malah menunjukkan peningkatan ketara selepas pelantikan beberapa duta termasuk Fattah.

Advertisement

Selain Fattah Amin, jenama tersebut turut bekerjasama dengan beberapa figura terkenal seperti jaguh Muay Thai Johan Ghazali, penyanyi Joe Flizzow, pempengaruh Aya Balqis serta pemain bola sepak Arif Aiman.

"Tidak sama sekali. Kalau sebelum ini kita tengok dekat Threads ada yang cakap Elrah bakal berdepan kerugian teruk tahun ini sebab ambil Fattah Amin sebagai duta.

"Tapi ia tidak berlaku. Elrah tahun ini mencatat keuntungan yang lebih besar berbanding tahun lalu.

"Untuk pengetahuan, tahun ini kali pertama jualan butik kami meningkat 100 peratus sepanjang lima tahun beroperasi. Duta yang diambil ini semuanya memang hebat," katanya.

Menurut El, pemilihan duta yang tepat memainkan peranan besar dalam meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama tersebut.

Mengulas lanjut mengenai personaliti Fattah, El menyifatkan pelakon itu sebagai individu yang mudah bekerjasama selain mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan peminat.

"Fattah ini mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Apabila saya umum sahaja dia sebagai duta, memang ramai yang sokong dan beli baju Elrah.

"Dia (Fattah) memang seorang lelaki yang baik. Kalau sebelum ini Elrah kena boikot, tapi disebabkan ambil Fattah, orang sudah tidak lagi boikot.

"Memang senang bekerjasama dengan Fattah ini," ujarnya.

Perkongsian tersebut sekali gus menepis tanggapan negatif segelintir pihak serta membuktikan strategi pemasaran yang digunakan memberi impak positif kepada perkembangan jenama Elrah.

Anda mungkin berminat dengan

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Must Watch Video

Advertisement