Biarpun cukup mengenali diri pengarah Syamsul Yusof, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor memilih untuk tidak mencampuri urusan sutradara tersebut susulan isu krisis rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Menyifatkan kehidupan setiap manusia berbeza, Rosyam, 55, bagaimanapun berkata sudah jodoh pengarah filem Munafik itu untuk berkahwin seorang lagi.

“Saya sebagai rakan artis saya tidak boleh katakan apa-apa. Itu adalah kehidupan Syamsul.

“Saya tidak boleh campur kehidupan orang. Tiada hak untuk menentukan apa yang dia nak buat.

“Sudah jodoh Syamsul untuk kahwin lagi satu,” katanya Gempak.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Duan Nago Bogho yang berlangsung di GSC, Starling Mall, pada Khamis.

Terdahulu, minggu lalu Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.

Bertambah buruk lagi, apabila Puteri Sarah meminta Syamsul untuk melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

BACA: "Mohd Syamsul, Saya Minta Lepaskan Saya" - Puteri Sarah Tak Rela Dimadu

BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Untuk info, Rosyam membawakan watak seorang gangster bernama Fendi BB. Selain Rosyam, filem arahan Sabri Yunus itu turut dibintangi barisan pelakon lain termasuk, Asrul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Angeline Tan dan ramai lagi.

Duan Nago Bogho yang mengangkat kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Januari ini.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.