Terkini

Sudah Lama Diasaskan, Ikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah… Ini 6 Fakta Mengenai Jemaah Aolia Yang Sambut Aidilfitri Jumaat Lalu

Gempak
07/04/2024
02:55 MYT
Kecoh di laman sosial apabila jemaah Aolia yang berada di Yogyakarta, Indonesia telah terlebih dahulu menyambut 1 Syawal pada Jumaat lalu.
Tidak kurang, ketua jemaahnya juga menjadi sorotan gara-gara mendakwa yang dia telah menghubungi Allah SWT menerusi telefon sebelum meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri lebih awal.
Jom semak beberapa fakta yang disusun mengenai jemaah Aolia yang viral ini:

1. Diasaskan pada 1983

Difahamkan, jemaah Aolia telah diasaskan pada tahun 1983. Jemaah Aolia telah tersebar ke seluruh Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Anak ketiga penjaga jemaah Aolia, Musa Assiqbillah mendedahkan jemaah Aolia bukanlah sebuah pertubuhan, tetapi jemaah yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah.

2. Ketua jemaah

HK Ibnu Hajar Pranolo atau Mbah Benu ialah ketua jemaah Aolia. Nama sebenarnya individu tersebut ialah Ibnu Hajar Gagak Pranowo. Daripada maklumat yang diperolehi, Mbah Benu merupakan keturunan seorang tokoh berpengaruh di Jawa Tengah.
Menurut anak Mbah Benu, ayahnya menerima ilmu secara laduni yakni yang turun secara tiba-tiba melalui bimbingan mursyid atau guru lain seperti Gus Jogo Rekso di Muntilan, Syech Jumadil Kubro yang dimakamkan di Gunung Turgi dan Sunan Pandanaran di Jawa Tengah.

3. Ajaran yang dianut

Khabarnya terdapat dua ajaran Islam yang diajar iaitu ilmu kasbi dan ilmu laduni. Ilmu kasbi diperoleh manusia melalui usaha melalui kajian dan eksperimen, manakala ilmu laduni adalah rahsia dan diturunkan terus daripada Allah ke hati seseorang.

4. Sebaran

Jemaah Aolia tersebar di pelbagai wilayah seperti Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Bagi Daerah Istimewa Yogyakarta, kebanyakannya berpusat di Gunungkidul, khususnya kawasan Panggang.

5. Masjid menghadap selatan

Masjid yang digunakan oleh jemaah Aolia terletak di pinggir pantai Ngobaran, Gunungkidul. Masjid ini, tempat imam berada, menghadap ke selatan, ke arah laut terbuka.

6. Alasan sambut Aidilfitri awal

Ketua jemaah Aolia itu berkata, dia memutuskan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada hari Jumaat, 5 April 2024 kerana mendakwa melakukan hubungan batin dengan Allah SWT. Pada mulanya, dia mengaku pernah menghubungi Allah SWT. Tetapi kemudian dia menjelaskan bahawa itu hanyalah perumpamaan. Katanya, itu adalah perjalanan rohaninya bersama Allah SWT.
Sumber: Viva

ARTIKEL BERKAITAN: Mbah Benu Minta Maaf Dakwa Telefon Allah Untuk Raya Awal, Kata Istilah Kerohanian

ARTIKEL BERKAITAN: Masyarakat Di Yogyakarta Sudah Sambut Aidilfitri Hari Ini, Dakwa Ada Pengikut Di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Sekelompok Warga Yogyakarta Ini Dah Mula Solat Terawih Pada Rabu, Puasa Pula Bermula Semalam!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Viral

#TRAVELMANA: Yogyakarta Catat Suhu Serendah 19 Darjah Celsius, Masa Yang Sesuai Untuk Pergi Bercuti!

gempak
18/07/2024
12:55 MYT
Yogyakarta, Indonesia, lokasi yang popular dalam kalangan pelancong mengalami penurunan suhu yang ketara sejak beberapa minggu lalu.
Hiburan

Produksi Paku Tanah Jawa 'Diganggu' Ketika Shooting Dalam Hutan Yogyakarta! - "Ada Babak-Babak Ritual Dilakonkan..."

gempak
20/06/2024
11:51 MYT
Gunung Tidar yang terletak di bahagian selatan Kota Magelang, Jawa Tengah secara umumnya cukup terkenal dengan ‘paku’ Tanah Jawa.
Viral

Mbah Benu Minta Maaf Dakwa Telefon Allah Untuk Raya Awal, Kata Istilah Kerohanian

gempak
06/04/2024
14:09 MYT
Mbah Benu tampil memohon maaf dan menjelaskan maksud kenyataan dirinya telah menelefon Allah untuk menentukan hari raya Aidilfitri.
Viral

Rai Syawal Awal, Imam Dakwa Sudah Telefon Allah: “Allah SWT Kata 5 Jumaat”

gempak
06/04/2024
03:20 MYT
Peristiwa ratusan jemaah di Dusun Panggang III, Giriharjo, Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia sudah melakukan solat sunat Aidilfitri sekaligus menyambut 1 Syawal pada 5 April 2024 masih menjadi perhatian.