Viral
Mbah Benu Minta Maaf Dakwa Telefon Allah Untuk Raya Awal, Kata Istilah Kerohanian
Pemimpin Jemaah Masjid Aolio, Raden Ibnu Hajar Pranolo atau Mbah Benu tampil memohon maaf dan menjelaskan maksud kenyataan dirinya telah menelefon Allah untuk menentukan hari raya Aidilfitri.
Mbah Benu menjadi sensasi sejak merayakan 1 Syawal bersama pengikutnya di Jogjakarta semalam.
BERITA TRENDING: Rai Syawal Awal, Imam Dakwa Sudah Telefon Allah: “Allah SWT Kata 5 Jumaat”
Dia kemudian menimbulkan kontroversi apabila video pengakuannya menelefon Allah SWT untuk mendapatkan persetujuan menyambut 1 Syawal pada 5 April 2024 iaitu lima hari lebih awal daripada semua umat Islam di seluruh dunia.Selepas kenyataannya yang berbunyi : “Saya tidak pakai perhitungan, saya telefon langsung kepada Allah Ta'ala. Ya Allah, kelmarin tanggal 4 (April), malam 4, ya Allah ini sudah 29 (Ramadan), 1 Syawalnya bila, Allah Ta'ala (berkata), Jumaat tanggal 5," menjadi tular, Mbah Benu kini tampil memohon maaf.
PILIHAN PEMBACA: Masyarakat Di Yogyakarta Sudah Sambut Aidilfitri Hari Ini, Dakwa Ada Pengikut Di Malaysia
Menurut Mbah Benu, kenyataan yang dikeluarkan hanya satu istilah. Dia juga berkata mempunyai hubungan batin dan perjalanan kerohanian tersendiri untuk berhubung dengan Allah SWT."Terkait pernyataan saya tentang istilah menelefon Allah SWT itu sebenarnya hanya istilah.
“Ia sebenarnya adalah perjalanan spiritual saya, hubungan batin dengan Allah SWT," kata Mbah Benu dalam video terkini seperti dilaporkan CNNIndonesia.
"Apabila pernyataan saya menyinggung atau tidak elok, saya mohon maaf sebesar-besarnya kepada semua pihak," katanya lagi.
Terdahulu kisah Jemaah Masjid Aolia melaksanakan solat sunat Aidulfitri pada 5 April 2004 menjadi perhatian masyarakat dunia. Pengikut mereka sudah berhari raya selepas menjalani ibadah puasa juga lebih awal berbanding umat Islam di seluruh dunia iaitu pada 7 Mac 2024.
Must-Watch Video