Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Sudah Lama Diasaskan, Ikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah… Ini 6 Fakta Mengenai Jemaah Aolia Yang Sambut Aidilfitri Jumaat Lalu

Gempak
07/04/2024 02:55 MYT

Kecoh di laman sosial apabila jemaah Aolia yang berada di Yogyakarta, Indonesia telah terlebih dahulu menyambut 1 Syawal pada Jumaat lalu.
 
Tidak kurang, ketua jemaahnya juga menjadi sorotan gara-gara mendakwa yang dia telah menghubungi Allah SWT menerusi telefon sebelum meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri lebih awal.
 
Jom semak beberapa fakta yang disusun mengenai jemaah Aolia yang viral ini:
 

1. Diasaskan pada 1983

 
Difahamkan, jemaah Aolia telah diasaskan pada tahun 1983. Jemaah Aolia telah tersebar ke seluruh Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Anak ketiga penjaga jemaah Aolia, Musa Assiqbillah mendedahkan jemaah Aolia bukanlah sebuah pertubuhan, tetapi jemaah yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah.
 

2. Ketua jemaah

 
HK Ibnu Hajar Pranolo atau Mbah Benu ialah ketua jemaah Aolia. Nama sebenarnya individu tersebut ialah Ibnu Hajar Gagak Pranowo. Daripada maklumat yang diperolehi, Mbah Benu merupakan keturunan seorang tokoh berpengaruh di Jawa Tengah.
 
Menurut anak Mbah Benu, ayahnya menerima ilmu secara laduni yakni yang turun secara tiba-tiba melalui bimbingan mursyid atau guru lain seperti Gus Jogo Rekso di Muntilan, Syech Jumadil Kubro yang dimakamkan di Gunung Turgi dan Sunan Pandanaran di Jawa Tengah.
 

3. Ajaran yang dianut

 
Khabarnya terdapat dua ajaran Islam yang diajar iaitu ilmu kasbi dan ilmu laduni. Ilmu kasbi diperoleh manusia melalui usaha melalui kajian dan eksperimen, manakala ilmu laduni adalah rahsia dan diturunkan terus daripada Allah ke hati seseorang.
 

4. Sebaran

 
Jemaah Aolia tersebar di pelbagai wilayah seperti Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Bagi Daerah Istimewa Yogyakarta, kebanyakannya berpusat di Gunungkidul, khususnya kawasan Panggang.
 

5. Masjid menghadap selatan

 
Masjid yang digunakan oleh jemaah Aolia terletak di pinggir pantai Ngobaran, Gunungkidul. Masjid ini, tempat imam berada, menghadap ke selatan, ke arah laut terbuka.
 

6. Alasan sambut Aidilfitri awal

 
Ketua jemaah Aolia itu berkata, dia memutuskan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada hari Jumaat, 5 April 2024 kerana mendakwa melakukan hubungan batin dengan Allah SWT. Pada mulanya, dia mengaku pernah menghubungi Allah SWT. Tetapi kemudian dia menjelaskan bahawa itu hanyalah perumpamaan. Katanya, itu adalah perjalanan rohaninya bersama Allah SWT.
 
Sumber: Viva

ARTIKEL BERKAITAN: Mbah Benu Minta Maaf Dakwa Telefon Allah Untuk Raya Awal, Kata Istilah Kerohanian

ARTIKEL BERKAITAN: Masyarakat Di Yogyakarta Sudah Sambut Aidilfitri Hari Ini, Dakwa Ada Pengikut Di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Sekelompok Warga Yogyakarta Ini Dah Mula Solat Terawih Pada Rabu, Puasa Pula Bermula Semalam!

#Yogyakarta #Raya Awal #Jemaah Aolia