Penyanyi popular Hollywood, Rihanna dan Chris Brown pernah menjalinkan hubungan beberapa tahun yang lalu.

Terbaru, ada khabar angin mengatakan Chris masih meminati bekas kekasihnya itu walaupun telah lama berpisah.

"Rihanna mengetahui Chris masih berasa obses terhadap dirinya, dia mengetahui perkara ini dari teman-teman rapat Chris.

"Chris juga berniat untuk menjalinkan hubungan sekali lagi bersama bekas kekasihnya itu jika diberi peluang kedua," kata sumber.

Sebelum ini, Rihanna pernah mengakui bahawa sikap buruk bekas kekasihnya itu yang menjadi punca perpisahan hubungan mereka beberapa tahun yang lalu.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com