Laman Utama
Sudah Rancang Berniqab Sejak September, Neelofa Tampil Penghias Wajah Majalah Berbahasa Cina Dengan Imej Baru
Pengacara dan usahawan hijab terkenal Neelofa mencuri perhatian wargamaya apabila tampil sebagai penghias muka depan bulan November majalah berbahasa cina tempatan, Citta Bella.
Menerusi laman sosial Instagram, majalah tersebut memuat naik dua hasil muka depan yang telah siap disunting untuk tatapan umum.
“Kami sangat berbangga untuk menampilkan Neelofa sebagai penghias muka depan November 2020 untu kali ketiga, dengan penuh keanggunan dan sofistikated.
“Imej-imej cantik ini diambil sebelum Neelofa mengambil keputusan untuk berniqab. Neelofa sudah mempunyai konsep menutup sebahagian wajah ini di mindanya sejak September lagi dan stylist Colin melaksanakan gaya ini pada awal Oktober.
“Dan akhirnya Neelofa mengumumkan dirinya mengenakan niqab seminggu selepas sesi penggambaran ini diadakan.
“Kami ingin mengucapkan segala yang terbaik untuk perjalanan nurani terbarunya ini.
“Akhir sekali, kami meraikan kepelbagaian budaya. Kamu cuba yang terbaik untuk menyerlahkan kecantikan wanita dan kekuatan dalamannya tanpa mengira umur, bentuk badan, etnik dan kepercayaan. Kami doakan masa depan yang terbaik untuk semua,” tulis majalah tersebut di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Neelofa tampil serba merah dalam sehelai kain daripada jenama mewah Bottega Veneta yang menutupi keseluruhan wajah dan hanya kelihatan matanya sahaja.
Bagi muka depan kedua pula, Neelofa mengenakan persalinan hitam ala ninja dan memegang bunga tulip berwarna merah di ruangan matanya.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji hasil seni kreatif muka depan majalah bulan November ini.
Malah, ramai juga yang turut memberikan tanda hormat kepada majalah ini kerana memilih figura beragama Islam ini sebagai penghias muka depan.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir ribuan tanda suka daripada wargamaya.
Must-Watch Video