Pelakon Donnie Yen menegaskan, pelaku seni dari negara-negara Asia juga mempunyai bakat yang besar, selain mampu meraih perhatian penggemar filem di peringkat global.
Donnie atau nama sebenarnya Yen Chi Tan berkata, sudah sepatutnya Hollywood memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat Asia yang setaraf dengan pelakon-pelakon popular lain.
“Apabila menyebut tentang lakonan, ia melibatkan bakat, bukan warna kulit, mahupun budaya seseorang.
“Sebab itu saya kurang faham kenapa Hollywood mengambil masa yang agak lama untuk mengakui kehebatan bakat-bakat dari Asia.
"Sejujurnya, kejayaan yang diraih oleh Tan Sri Michelle Yeoh pada acara Golden Globe Awards Ke-80 sudah diperakui sejak lama dahulu.
"Jika dilihat pada peratusan peluang diraih orang Asia berbanding orang Barat, memang masih terlalu kecil atau rendah," katanya kepada Gempak.
Donnie berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kejayaan yang diraih oleh Michelle baru-baru ini.
Tambah Donnie, orang Asia seharusnya melipat gandakan usaha agar terus dipandang Hollywood untuk masa akan datang.
"Kita tidak boleh setakat berlakon dalam filem dengan mengharapkan semuanya hebat-hebat belaka… Kita perlu terus berjuang.
"Seharusnya kita berani memainkan sesuatu karakter dengan cemerlang dan menunjukkan kepada dunia, terutama Hollywood bahawa orang Asia boleh berlakon watak yang lazimnya warna kulit menjadi penghalang.
"Orang Asia perlu ada semangat untuk memulakan sesuatu. Mentaliti seorang pejuang itu perlu sentiasa ada," tutupnya.
Dalam perkembangan terkini, filem lakonan Donnie, Sakra bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 16 Januari depan.
Menerusi filem berkenaan, Donnie yang memegang watak utama turut duduk di kerusi pengarahan dan juga bergelar penerbit bersama.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Izwan Isa
Sat Jan 14 2023

.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah

Grammy Awards 2023: Taylor Swift Menang Muzik Video Terbaik, Tewaskan Adele, Harry Styles & BTS
Tahniah Taylor Swift