Hiburan

Sudahlah Hilang 3 Hari, Balik-Balik Je Bawa Hutang? Gelagat Kucing Ini Buat Ramai Terhibur!

Hanafis Haris
03/11/2020
13:26 MYT
Seekor kucing berjaya mencuri tumpuan warga media sosial dengan telatahnya apabiila dikatakan pulang ke rumah dengan membawa ‘hutang’ kepada pemiliknya.
Menerusi laporan portal Kompas, perkara melucukan itu dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Chang Kuak yang berasal daripada Bangkok, Thailand.
Menurut laporan tersebut, kucing itu pada awalnya dikatakan hilang selama tiga hari sebelum pulang ke pemiliknya.
Apa yang mencuit hati adalah apabila terdapat sekeping nota disangkutkan di leher kucing tersebut.
“Kucing anda mengambil ikan kembung di kedai saya.
"Saya berikannya tiga ekor ikan," pesanan ringkas di dalam nota berkenaan.
Anda boleh lihat nota tersebut di bawah.
Sementara itu, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan riak wajah muka kucing tersebut yang seakan rasa bersalah.
Kebanyakan mereka menganggap individu yang memberi makan ikan tersebut hanya bergurau semata-mata.
Sumber: Kompas Gambar: Facebook & Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.