Viral

Sufian Suhaimi Dah Tak Menyampah Orang Panggil Baby Pian... "Dulu Jer Tak Suka, Sekarang ..."

gempak
Amri Hassan
01/09/2020
07:10 MYT
Sponsor Banner
Sufian Suhaimi Dah Tak Menyampah Orang Panggil Baby Pian... "Dulu Jer Tak Suka, Sekarang ..."
Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui pada mulanya rasa kurang senang dengan panggilan Baby Pian yang merujuk pada dirinya.
Jelas Sufian, dia tidak gemar dengan nama berkenaan apabila jalan cerita yang menggunakan animasi kartun luar negara oleh @AjiqHaris menyentuh sensitivitinya.
"Pada awalnya tidak suka, tetapi bila dah ada Baby Faeq (anak angkat) dan nama Baby Pian tu selalu menjadi sebutan, saya anggap ia kombinasi antara Baby Faeq dan Sufian Suhaimi (Pian) sehinggalah tertubuhnya syarikat Baby Pian Legacy Sdn. Bhd.
"Bagi saya, terpulanglah orang nak anggap macam mana pun dan itu bukannya satu isu. Saya rasa dekat dan gembira dengan nama Baby Pian," katanya.
Sufian berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penyerahan anugerah 2020 Mid Year JOOx Top Music Awards Top 5 Hits (Local) baru-baru ini.
Penyanyi berkenaan mendapat anugerah berkenaan setelah lagu Janji nyanyiannya menjadi salah sebuah lagu tempatan yang paling banyak streaming di JOOX dalam tempoh bulan Januari hingga Jun 2020.
Bercerita lebih lanjut mengenai syarikat berkenaan, Sufian berkata ia adalah syarikat bersama seorang rakan kongsi yang menjual produk diberi nama Zikir Pillow yang mendapat permintaan luar jangka daripada pelanggan.
"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya agak sibuk apabila lagu Janji dilancarkan pada bulan Februari lalu dan pada masa sama melancarkan Baby Pian Legacy Sdn. Bhd.
"Apabila tiba-tiba PKP, ada banyak masa jadi sepajang tempoh itu kita kaji masalah cari penyelesaiannya. Walaupun baru setahun jagung, sudah banyak peningkatan yang dicapai," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live