Laman Utama

Sufian Suhaimi Keluar Makan Dengan Pengurus, Bukan Kekasih - “Saya Masih Mencari..”

gempak
Azwa Rahman
21/05/2022
07:17 MYT
Sponsor Banner
Sufian Suhaimi Keluar Makan Dengan Pengurus, Bukan Kekasih - “Saya Masih Mencari..”
Penyanyi Sufian Suhaimi menjawab sebuah video viral yang menyatakan dia keluar makan bersama seorang wanita bertudung yang didakwa kekasihnya.
Video tersebut tular di platform TikTok dan mendapat perhatian ramai wargamaya.
Menurut Sufian, 30, perkara itu hanyalah salah faham kerana wanita terbabit adalah pengurusnya dan mereka hanya keluar makan bersama.
“Kami ada shoot kat Penang jadi kami pergilah makan. Kemudian tiba-tiba ada orang rakam kami di sebuah restoran. Wanita tersebut adalah pengurus saya dan dia sudah pun berkahwin.
“Saya memang seorang yang happy dah kelakar, jadi kami gelak-gelak, momen tu la nampak macam mesra, bahagia semua kan. Jadi semuanya adalah salah faham,” jelasnya kepada Gempak.
Sufian ditemui di majlis Rumah Terbuka Rakyat Rangers anjuran Hot FM di Sri Pentas pada Jumaat.
Mengulas mengenai kemesraan yang dilihat menerusi video itu, Sufian menjelaskan, perkara itu adalah normal.
“Itu bukan kali pertama kami keluar pergi makan berdua dan ada je orang ambil gambar tapi tak ada isu pun.
“Sebenarnya saya nampak je dia rakam sebab nampak dari cara dia pegang phone. Sebab tu la kami gelak-gelak,”
“Tapi alhamdulillah bila orang cakap itu kekasih saya, nampak la yang ada orang yang masih peduli pasal saya, agak terharu jugak la.
“Tapi pada masa yang sama, saya taknak bila orang dengar nama Sufian Suhaimi je, orang dengar cerita cinta je.
“Status sekarang, saya masih mencari tapi just go with the flow,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024