Laman Utama

Suhaimi Saad Jelaskan Sebab Kenakan Caj Tambahan Untuk … - “Tiap Masa ‘Itu’ Soalan Ditanya, Dah Lali Sebab Tu Aku Jawab Tambah 100”

gempak
Fiza Kamarudin
04/02/2021
04:24 MYT
Sponsor Banner
Suhaimi Saad Jelaskan Sebab Kenakan Caj Tambahan Untuk … - “Tiap Masa ‘Itu’ Soalan Ditanya, Dah Lali Sebab Tu Aku Jawab Tambah 100”
Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menjelaskan sebab mengenakan caj tambahan bayaran terhadap seorang pengguna aplikasi yang mahukan khidmat urut songsang.
Suhaimi menerusi hantaran di Facebook (FB) berkata, dia berbuat demikian kerana sering diajukan soalan untuk melakukan perkara yang tidak senonoh seperti menghisap kemaluan.
Menerusi hantaran tersebut Suhaimi turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang pengguna aplikasi Grindr, yang ingin melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut.
“Tiap tiap masa soalan itu ditanya. Dah lali.Sebab itu bila datang time (masa) malas nak layan, aku jawab je ‘tambah 100′”
“Nanti dia diam la. Sebab tak mampu. Lepas ini aku nak jawab 300 pula,” katanya.
Selain itu Suhaimi turut memuatnaik tangkap layar yang membuktikan wujud golangan lelaki yang mahu melakukan hubungan sejenis.
Bagaimanapun Suhaimi telah menegur lelaki yang telah menghantar mesej lucah tersebut dan meminta individu tersebut mencari orang lain jika mahu perkhidmatan seks songsang.
“Aku dah kahwin, aku tukang urut bukan pelacur. Kalau nak semua tu cari orang lain,” tulisnya. Terdahulu nama Suhaimi Saad menjadi kontroversi apabila mengakui menawarkan khidmat urut badan dan batin di sebuah aplikasi perkenalan songsang, Grindr.
Lebih panas lagi apabila salah sorang pengguna aplikasi tersebut mendedahkan Suhaimi telah menawarkan khidmat urut badan dan batin dan mendakwa suami kepada Ina Naim itu mengenakan caj RM100 kepada pengguna yang mahu menghisap kemaluannya.
Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu menafikan perkara tersebut dan memberitahu dia hanya menggunakan aplikasi berkenaan untuk mempromosikan khidmat urut dan bukannya sampai ke tahap mengadakan hubungan sejenis.
[[BACA: "Stop Gossip Gayboy & Tuduhan Servis Hisap K***" - Suhaimi Saad]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live