Laman Utama
"Stop Gosip Gayboy & Tuduhan Servis Isap K***" - Suhaimi Saad Mengaku Mengurut, Nafi Rogol Lelaki
Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad menafikan khabar angin mengaitkannya dengan servis seks sesama lelaki.
Jelas Suhaimi, tindakan menularkan berita tidak sahih itu tidak sepatutnya ditularkan.
"Stoplah gosip gay boy dan tuduhan buat servis isap k*** tu. Tak elok.
"Korang hanya akan himpun dosa je dan kalau betul pun, kenapa?
"Pepatah Inggeris kata awak tak cukup popular sehinggalah awak dikaitkan dengan gosip gay," tulisnya di Facebook.
Menerusi laporan sebuah portal hiburan baru-baru ini, seorang penyanyi lelaki didakwa terkait dengan kontroversi menawarkan khidmat songsang kepada pelanggan menerusi tangkapan skrin perbualan perkhidmatan urut.
Perbualan itu dipercayai dikongsikan menerusi aplikasi mencari pasangan sejenis.
Difahamkan penyanyi tersebut yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid menawarkan khidmat tersebut di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.
Lebih mengejutkan, selain menawarkan urut batin lelaki itu juga didakwa mengenakan bayaran sebanyak RM100 sekiranya ingin menghisap kemaluannya.
Dalam pada itu, Suhaimi mengakui membuat kerja sambilan sebagai tukang urut.
"Ina Naim, mertua dan adik-beradik aku pun tahu aku memang tukang urut.
"Kalau ada lelaki datang cakap dia kena rogol dengan aku, itu bohong. Melainkan dia yang rela atau sebab marah aku 'reject' dia.
"Kau aibkan aku untuk jatuhkan aku padahal itu hanya akan menaikkan nama aku sedangkan kau tetap di situ menghimpun dosa beribu," tambahnya.
Must-Watch Video