Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suka Risteena Dapat Makan Kuey Teow Goreng Ruhainies - "The Best"

Amri Hassan
11/03/2024 01:53 MYT
Kakak kepada pelakon Ruhainies, Risteena berkongsi momen terujanya dapat menikmati air tangan adik perempuannya itu.

Menariknya, Risteena memberitahu dia akhirnya dapat menjamah masakan kuey teow goreng Risteena pada Ahad.

"Teringin makan kuey teow Ruhainies hari ni. Thank you masakkan today since tak jadi haritu," kongsi Risteena menerusi hantaran di Instagram Storiesnya.

Balas Ruhainies ringkas; "Enjoy"

BERITA TRENDING: Pasca Dakwaan Tangkap Basah, Ruhainies Senyum Terima Jambangan Bunga Ros Merah

Dalam video terbabit, kelihatan Ruhainies sedang menumis untuk menyediakan hidangan terbabit di dapur rumahnya.

Biarpun ada yang mempertikaikan video terbabit merupakan video lama, Risteena tampil menafikan dakwaan itu dengan menunjukkan waktu sebenar video itu dirakamkan.

BERITA TRENDING: Sifatkan Kes Khalwat Aliff Aziz Satu Marketing, Sajat: “Saya Rasa Marketing Ganas Ni”

Dalam pada sempat mempromosikan wangiannya, Risteena turut berpesan kepada warganet agar menjaga perbuatan dan kata-kata yang ditulis di media sosial.

"Janganlah serang. Nanti I marah. Makan dalam tau. Ingat korang je boleh cakap sesuka hati. Marah ni," tulisnya.

Terdahulu, nama Ruhainies antara yang menjadi topik sohor kini apabila didakwa merupakan individu yang ditangkap khalwat bersama seorang artis lelaki suami orang pada Jumaat.

BERITA TRENDING: “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah, Sekadar…” - Aliff Aziz Bersuara Isu Tangkap Basah Dengan…

PILIHAN PEMBACA: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

#pelakon #Viral #Ruhainies #masak #Khalwat #Risteena #Kuey Teow