Berita

Sukan Merupakan Sebahagian Daripada Rutin Kehidupan Yang di-Pertuan Agong

gempak
Kamaruddin Razal
27/07/2019
20:42 MYT
Sponsor Banner
Sukan Merupakan Sebahagian Daripada Rutin Kehidupan Yang di-Pertuan Agong
Umum mengetahui Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan individu yang sangat passionate, atau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan.
Malah, menurut laporan Astro AWANI, Yang di-Pertuan Agong ke-XVI berkenaan turut aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya sukan skuasy, tenis, polo, hoki, dan sudah semestinya bola sepak.
Namun, Tuanku mengakui lebih gemar menjadi perancang permainan, serta perencana kepada strategi dalam memenangi sesuatu pertandingan atau perlawanan itu.
“Role saya dalam berpasukan, apabila saya, tengok tahap mana saya, level mana saya main.
“I’m more a playmaker or strategist. Saya penggerak dalam pasukan itu dan saya akan hantar bola kepada penyerang-penyerang ataupun sesiapa yang ada di atas sekali supaya dia dapat menghasilkan gol. It’s a team game,” ujar Tuanku lagi.
Tuanku bertitah demikian dalam temubual eksklusif bersama Editor Eksekutif Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-XVI pada 30 Julai ini.
Dalam berbicara lebih mendalam mengenai sukan, Tuanku bertitah, sukan itu merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan baginda.
“Saya anggap sukan ni sebagai satu daripada rutin harian saya. Ya, dalam kita sibuk membuat urusan lain, kita tidak boleh lupa memberi masa untuk menyihatkan tubuh badan kita. Saya anggap sukan ini sebagai satu amalan pada saya.
“Khususnya apabila kita dah berusia, sekurang-kurangnya kita berjalan. Ya, 20 minit atau setengah jam sehari. Berapa langkah kalau boleh. Sekarang orang sibuk, 10,000 (langkah) sekarang (setiap hari) keeps the doctor away. And whatever sport you do, it’s good for your heart,” ujar Al-Sultan Abdullah.
Baginda turut berpendapat, aktiviti kesukanan itu bukan sekadar untuk berpeluh, tetapi juga untuk menjaga kesihatan badan, serta menyihatkan jantung.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live