Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sempena Ramadan tahun ini, baginda berkenan menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada rakyat.

Menerusi hantaran dan gambar dimuat naik pada laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah bubur lambuk disediakan di Istana Pasir Pelangi di sini, akan disampaikan kepada kakitangan istana bermula hari ini.

"Bubur lambuk yang juga 'buah tangan' daripada istana bakal disampaikan kepada rakyat pada bulan ini," titah Sultan Ibrahim menerusi Royal Press Office (RPO) seperti dimuat naik pada laman Facebooknya, hari ini.

Berdasarkan hantaran itu, Sultan Ibrahim pada tahun lalu pernah meluangkan masa memasak sendiri bubur lambuk di Istana Pasir Pelangi, yang kemudian disampaikan kepada orang ramai di pelbagai lokasi seluruh Johor.

Sumber: BERNAMA
Foto: Facebook The Royal Johor