Laman Utama

Sultan Johor Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Perak Kekal Timbalan

gempak
Awani
27/10/2023
07:50 MYT
Sponsor Banner
Sultan Johor Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Perak Kekal Timbalan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari tahun depan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pemilihan baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas), yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.
"Mesyuarat tersebut dihadiri semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya dalam kenyataan rasmi, di sini, pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Bawa Motor Bonceng Permaisuri, Gelagat Sultan Johor Curi Tumpuan Netizen

Menurut Syed Danial, mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Sultan Ibrahim dipilih bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Januari tahun depan.

BERITA TRENDING: Siap Tunjuk Pasport, Sultan Johor Puji Pelakon Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings Tak Lupa Asal Usul

Sumber - AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live