,
Berita

Sultan Johor Titah Kesahihan Agama Illi Najwa Disahkan

Zulaikha Yusof
22/12/2020
05:24 MYT
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor memastikan keabsahan terkini status wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan tidak berdasarkan hukum Syara’ d India.
Dalam kenyataan, baginda melahirkan rasa dukacita kerana berita mengenai perkahwinan tersebut bertebaran tanpa ditentukan kesahihannya, justeru Pihak Berkuasa Agama Islam Johor perlu mendapatkan kepastian melalui ahli keluarganya dan juga kedutaaan Malaysia di India.
"Saya percaya kita semua akan dapat memastikan kesahihan berita tersebut dalam tempoh terdekat,” titah baginda.
Sultan Ibrahim turut menasihat semua pihak supaya tidak membuat sebarang kesimpulan dan tindakan pra-matang dalam menangani berita tersebut.
Titah baginda, wanita berkenaan sedang melalui satu proses penghakiman melalui platform media sedangkan beliau tidak pun setakat ini mengisytiharkan ingin keluar dari agama Islam.
"Jika kita tergesa-gesa dalam tindakan kita menghukum beliau, maka kita akan membina tembok yang tinggi untuk beliau kembali semula ke negara kita dan menjarakkan lagi jurang antara keluarganya di Malaysia dan beliau di India," titah baginda.
Baginda juga menitipkan nasihat kepada wanita berkenaan supaya memastikan tindakan yang dibuat mendapat restu ibu bapa dan tidak melanggar norma-norma yang dtetapkan agama Islam.
Sultan Ibrahim juga yakin Jabatan Agama Islam Johor dan Jabatan Mufti negeri itu akan memberikan semua bantuan yang perlu kepada wanita tersebut bagi mengekalkan akidahnya dalam lingkungan syariat Islam.
"Apa juga berita yang kita terima yang berkaitan hubungan silaturrahim sesama umat Islam hendaklah diteliti tanpa berprasangka buruk.
"Kita juga perlu berlapang dada dan bersangka baik. Kita juga perlu dan mengambil tindakan meneliti akan berita tersebut daripada sumber yang pasti dan tepat," titah baginda.
Illi Najwa Anuar Hussin Saddique dilaporkan berkahwin dengan kapten hoki India, Manpreet Singh dan majlis resepsi yang berlangsung di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab minggu lalu mencetuskan pelbagai persoalan kerana dikatakan melibatkan amalan yang dikatakan menyalahi agama.
Sumber & Foto: Malaysia Gazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Serangan Seksual Di Tahfiz:Hukuman Penjara 13 Tahun Bekas Guru Agama Kekal

gempak
09/11/2024
02:25 MYT
Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama di sebuah pusat tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lepas.
Viral

Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, Ini Hukum Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idris

gempak
26/09/2024
10:25 MYT
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang hukum isteri yang meminta cerai daripada suami dari segi agama.
Hiburan

Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

gempak
24/09/2024
14:55 MYT
Pelakon Riena Diana memaklumkan teman lelakinya yang juga pelakon, Keith Foo terbuka untuk mendalami tentang agama Islam.
Hiburan

Peluk Islam, Adam Corrie Syukur Isteri Selamatkan Dari Ilmu Agama Kurang Tepat: “Ini Perbuatan Syirik…”

gempak
22/09/2024
01:55 MYT
Pelakon yang terkenal dengan aksi lasak, Adam Corrie berkongsi kisah dirinya pernah mempunyai pengalaman salah ‘berguru’ sewaktu awal memeluk dan mendalami Islam.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Unitar