Laman Utama
Sumbang 15 Katil Elektronik Untuk Pesakit COVID-19, Doktor Hospital Melaka Ucap Terima Kasih Pada Neelofa
Seorang petugas barisan hadapan Hospital Melaka melahirkan penghargaannya kepada pengacara dan usahawan Noor Neelofa di atas sumbangan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19.
Menerusi laman sosial Instagram, doktor yang juga merupakan pakar kecemasan, Dr Abdul Rahman memuat naik foto katil-katil tersebut untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga kepada puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid Hospital Melaka.
Advertisement
“Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala kebaikan di dunia dan akhirat.
“15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk pesakit COVID-19,” tulis doktor terbabit di ruangan kapsyen.
Neelofa menerusi ruangan IG Story turut memanjatkan kesyukuran kepada kakitangan Hospital Melaka di atas sumbangan terbabit.
“Alhamdulillah syukur. Dan terima kasih sudi bagi peluang kepada saya untuk membantu,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata positif terhadap Neelofa dan PU Riz di atas sumbangan yang memanfaatkan itu.
“Semoga Allah beri ganjaran pahala kepada Neelofa dan suami, bahagia dunia akhirat. Memang tahu Neelofa banyak bagi macam-macam sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan,” komen seorang wargamaya.
“Terbaik Neelofa. Dalam pada orang sibuk mengejo menghina dia tapi dia sibuk dengan amal kebajikan yang ramai tak tahu,” kata seorang wargamaya.
“Semoga Allah melimpahi rezeki, dipermudahkan urusan, ameen,” doa seorang wargamaya.
“Alhamdulillah semoga Allah merahmati hidup Lofa, husband dan family,” tulis seorang wargamaya.
“Rakyat Melaka berterima kasih. Jazakillahu khayr Hajah @neelofa,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 2,200 tanda suka daripada wargamaya.
Pada Khamis, negeri Melaka mencatatkan 184 kes terbaharu COVID-19 menjadikan angka keseluruhan berjumlah 14, 357 kes.
Must-Watch Video