Sikap keperihatinan isteri kepada bintang YouTube dan pengarah filem Mail Totey The Movie, Syahmi Sazli, Anissa Faizul mendapat perhatian netizen.

Ini berikutan kerana satu video pendek yang dimuat naik Syahmi menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini telah menyentuh hati netizen.

Video itu merakamkan Anissa sedang mencuci muntah Asif di dalam kereta di bahagian belakang tempat duduk penumpang tanpa rasa geli.

Menerusi coretan video itu juga, Syahmi menjelaskan Asif sebelum ini tidak pernah memberitahu apa-apa sekiranya inginkan sesuatu.

Bagaimanapun Syahmi menyatakan dia berasa lucu sebaik sahaja melihat wajah Asif selepas kejadian itu.

“Hahahaha Asif-Asif. Nak gapo-gapo tak pernah nok oyak. Hari itu pernah berak dalam kereta Mi. Ni muntah pulak. Nak marah pun tak jadi lepas tengok muko lawak dio,” tulisnya.

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)


Menerusi ruangan komen, Anissa atau lebih mesra dengan panggilan Nisa menerima pujian netizen.

Rata-ratanya menunjukkan rasa kagum dan ‘salute’ dengan tindakan Nisa.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan Syahmi beruntung kerana dikurniakan isteri yang baik dan memahami keadaan Asif yang merupakan anak istimewa.

“Ore gini memang macam ni, jadi saya sangat salute dengan bosmi boleh handle sepanjang masa. Annisa pon hebat boleh cuci,” puji @nurulizzahrahman

“Bagus Nisa, rasanya kalau perempuan lain geli dah tu. Contohi lah Nisa. Siap boleh senyum lagi. Terbaik,” komen @azimsaharudin_

“Rasa terharu tengok Nisa bersihkan muntah Asif tu. Muko Nisa macey dah biasa dengan muntoh Asif tu macey sokmo jadi ja,” coret @nurafifahhhh_

Terdahulu, Syahmi dan keluarga mengambil peluang bercuti di resort Dato’ Seri Aliff Syukri bertempat Sugeh Hill Resort di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

Selain isteri dan anaknya, Syahmi juga turut bersama beberapa orang rakan dan juga pelakon dalam drama serta filem arahannya sebelum ini.