Laman Utama

Sumpahan Jerunei Bolot 6 Trofi Di Festival Filem Florence & Paris Film Awards!

Amri Hassan
30/07/2023
04:55 MYT
Filem bergenre seram, budaya dan fiksyen, Sumpahan Jerunei terbitan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd berjaya memenangi enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards, sekali gus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Penerbit bersama filem, Datin Wendy Wong berkata, dia dan rakan kongsi, Datuk Nancie Foo bersyukur filem arahan Jason Chong itu mendapat pengiktirafan di peringkat global selepas berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Memang menjadi hasrat kami membawa filem Sumpahan Jerunei yang mengangkat kisah adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak ke peringkat global dengan menghantar penyertaan ke tujuh festival antarabangsa.
“Syukur, Alhamdulillah usaha kami membuahkan hasil apabila filem Sumpahan Jerunei mendapat lima anugerah di Florence Film Awards yang berlangsung di Tuscany, Itali dan satu lagi anugerah di Paris Film Awards,” katanya.
Mengenai anugerah itu, kata Wendy, filem Sumpahan Jerunei diumumkan memenangi lima anugerah membabitkan pelbagai kategori utama di Florence Film Awards pada Mei lalu.
“Lima anugerah diterima membabitkan kategori Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik (Jason Chong), Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah), Muzik Skor Asal Terbaik (Sharon Paul) dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo).
“Manakala, satu lagi anugerah menerusi kategori Filem Cereka Terbaik di Paris Film Awards pada Mac lalu,” katanya.

Tayangan perdana di Amerika Syarikat

Tidak ketinggalan, kata Wendy, filem Sumpahan Jerunei turut terpilih untuk tayangan perdana sempena Julien Dubuque International Film Festival di Amerika Syarikat pada Mei lalu.
“Sumpahan Jerunei belum siap ‘final cut’ selama 115 minit juga terpilih untuk tayangan pada Festival Filem Busan di Korea.
“Lebih memberangsangkan, filem Sumpahan Jerunei ditayangkan sempena malam pembukaan Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 di Kuching, Sarawak, baru-baru ini,” katanya.

Rahsiakan kemenangan!

Ditanya mengapa merahsiakan kemenangan, kata Wendy, dia hanya mahu menguar-uarkan kemenangan filem Sumpahan Jerunei selepas filem ditayangkan dengan membuktikan kelebihan dari segi aspek sinematografi dan pengarahan bagus.
“Kami mahu membuktikan kepada pengarah kesan khas imej janaan komputer (CGI) dari Hollywood yang pernah melakukan kerja separuh jalan bahawa kami tidak bertanding dari aspek CGI,” katanya.
Sementara itu, mengulas isu bersama pengarah CGI itu, kata Wendy, pihaknya sedih dan kecewa kerana filem itu ‘dirosakkan’ oleh pengarah CGI terkenal dari Hollywood.
Menurut Wendy, pihaknya sudah mengeluarkan bajet besar mencecah ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan khidmat pengarah yang pernah memberi sentuhan kepada filem hebat seperti Harry Potter dan Spiderman itu.
“Secara tiba-tiba pengarah CGI yang buat ‘design’ untuk filem ini meninggalkan kerja separuh jalan dengan alasan tidak boleh bekerja dengan pengarah filem.
“Pengarah CGI itu memberitahu mampu buat filem Sumpahan Jerunei menang besar, asalkan nama pengarah Jason Chong dibuang daripada filem ini,” katanya.
Namun, kata Wendy, dia dan Nancie tidak bersetuju dengan permintaan pengarah CGI itu.
“Pengarah CGI itu terus meninggalkan kerja separuh jalan hingga kami terpaksa mendapatkan khidmat kesan khas dan 3D dari kalangan orang tempatan untuk menyambung kerjanya yang tidak siap,” katanya.
Filem Sumpahan Jerunei menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Sumpahan Jerunei menemui penonton di seluruh pawagam bermula 27 Julai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Berita

Uncle Mike Terima Anugerah Atas Jasa Membesarkan 3 Beradik Muslim Yatim Piatu

gempak
26/07/2024
11:42 MYT
Uncle Mike dianugerahkan National Press Club (NPC)-Macrokiosk Muhibbah Award 2024 untuk bulan Jun sempena kisah inspirasi membesarkan tiga beradik beragama Islam meraih respons positif dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.