Orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata tempahan melalui aplikasi itu adalah inisiatif kerajaan selain janji temu yang telah ditetapkan oleh aplikasi MySejahtera.
Ia bertujuan meluaskan lagi liputan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dalam kalangan rakyat Malaysia sebelum status vaksinasi penuh ditarik balik daripada penerima vaksin primer lengkap (dos 1 dan dos 2) bagi yang tidak mendapatkan dos penggalak selewat-lewatnya 31 Mac ini.
"Tujuan kemudahan ini adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat dan tanggungjawab individu terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan meluaskan akses kepada program vaksinasi sedia ada.
"Terutamanya kepada warga emas bagi memastikan fasa peralihan kepada endemik yang akan bermula pada 1 April 2022 dapat dilaksanakan dengan selamat," katanya sebuah kenyataan media.
Dr Anas berkata warga emas yang tidak divaksinasi atau tidak diberi suntikan dos penggalak dengan komorbiditi mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi jika mereka dijangkiti COVID-19.
"Memandangkan Ramadan semakin menghampiri, dinasihatkan agar golonganini segera mendapatkan dos penggalak secepat mungkin.Mari lindungi keluarga kita.
"Sama-sama kita tingkatkan tahap perlindungan kita sebelum memasuki fasa peralihan kepada endemik," katanya.
Orang ramai boleh merujuk laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my untuk melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di 'Find Vaccination Centre (PPV)'.
Sumber: BERNAMA
Fiza Kamarudin
Sat Mar 19 2022


Hanna Delisha Akui Penat Menangis Dalam ’Andai Itu Takdirnya’ - “Sebab Itu Habis Projek Ini Saya Nak Ambil…”
Lakonan Hanna memang power!

#AstroGoMovies: Jom Gandakan Pahala Dengan Menyaksikan Program Menarik Sepanjang Ramadan! Ada Nabil To Neelofa, Geng Ta’alim & Banyak Lagi
Program menarik! Jom tengok

“Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar”- Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik
Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik

Wak Doyok Pilih Calon Isteri Yang Boleh Tinggal Dengan Ibu - “Saya Juga Mementingkan Aspek..."
Itu syarat Wak Doyok

Shuk Sahar Sah Bercerai Dengan Rossa Sera - “Sebenarnya Selepas Balik Umrah Bersama, Kami Ada…”
Doa yang baik-baik untuk Shuk & Sera.

“Bohong Je Kerja! Aku Malas Nak Cari Jantan-Jantan Yang Kau Scam” - Afiq Muiz Dedah Mesej Curang Isteri
Afiq dedah mesej isteri.

Emma Maembong Hanya Tahu Jantina Baby Ketika Acara ‘Gender Reveal’ - “Setiap Kali Check Up Juga La Tahan Mata…”
Semoga dipermudahkan urusan Emma nak bersalin.

Dua Kali Kena Tipu, Akhirnya Wafariena Berjaya Miliki Kereta Idaman - “Tak Nak Cakap Banyak, Tengok Je..."
Tahniah Wafariena!

“Nak Aku Kerja Bagi Kau Makan?”- Tanggung Biawak Hidup, Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja
Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja

Tular Video Buka Tudung & Berparti, Ini Kata Mia Sara - "Saya Terima Dengan Hati Terbuka"
Mia Sara tampil jelaskan mengenai isu buka tudung dan berparti