Viral
Sunting Gambar Bersama Agong, Naim Daniel Mohon Maaf... "Perkara Itu Tak Akan Berulang Lagi"
Penyanyi Naim Daniel tampil membuat permohonan maaf terbuka selepas tular fotonya bersama Ismail Izzani yang disunting bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.
Foto itu merupakan teaser asal untuk mempromosikan lagu terbaharu mereka berjudul Covid-19.
"Hari ini saya nak bercakap fasal lagu baru saya dengan Ismail mengenai Covid-19 dan artwork cover lagu yang menggunakan photoshop Agong.
"Saya tahu ia isu yang sangat sensitif dan sepatutnya saya peka dengan perkara itu. Saya di sini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.
"Saya minta maaf sangat atas kesalahan itu. Perkara itu tidak akan berulang lagi. Saya sepatutnya lebih peka," katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram.
Namun, video terbabit telah dipadamkan sejurus mendapat kritikan hebat dari netizen.
Lagu Covid-19 merupakan inisiatif Naim dan Ismail untuk memberikan nasihat dan kesedaran kepada orang awam agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal berada di kediaman masing-masing.
Malah, uniknya lagu itu apabila mereka menyelitkan sedutan kata-kata dari pengacara popular Azwan Ali yang tular di media sosial.
Video yang dimuat naik di YouTube sejak Isnin lalu itu telah mendapat lebih 60,000 jumlah tontonan setakat ini.
Must-Watch Video