VIRAL
Sunting Gambar Siti Ganti Muka Vida, Nampak Macam Kembar Tapi Netizen Cakap Macam ...
Beberapa hari lalu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik sekeping foto beliau menggayakan sebentuk mahkota berwarna perak di kepalanya.
Bagaimanapun, ada pihak yang terlebih rajin menyunting foto berkenaan dan menggantikan wajah Siti dengan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida.
Sepertimana umum mengetahui ketaksuban Vida terhadap mahkota sebagai pelengkap gaya, perkara itu menarik perhatian Vida untuk berkongsi semula di sebuah entri Instagramnya semalam.
Vida memuji kreativiti dan usaha netizen untuk menggantikan wajahnya malah menyifatkan dirinya dan Siti seperti kembar.
"Alamak! Macam-macamlah netizen ni. Kreatif sungguh. Macam kembar pula tiber.
"Lagu favourite Jerat Percintaan," tulis Vida.
Netizen tampil dengan pelbagai pujian atas keyakinan Vida dan mengakui kedua-dua wanita itu punyai kredibiliti dalam bidang masing-masing.
"Dua dua jutawan,moga dilimpahkan rezeki yg luas dan dipermudahkan urusan," puji @syahiran1211.
"Dua-dua cantik .. dua-dua ade identiti tersendiri .. dua-dua saya suka," tambah @noraishah_abuhamid.
Malah, ada juga yang meminta Vida dan Siti merakamkan sebuah lagu duet bersama.
"Mama @datoserivida bila nak buat single terbaru ? Buat lagu yang gempak-gempak," saran @ajjjuu_.
Tak cukup dengan itu, netizen turut mencabar Vida untuk merakamkan foto tanpa solekan pada wajah.
"Saya cabar Dato bergambar dgn wajah ori tanpa sikit pun alat solek," tulis @faredreme.
Di samping itu ada juga antara kalangan netizen yang berseloroh dengan pelbagai komen yang melucukan.
"Ini adik-beradik tiri ni," tulis @azizimohdzakaria.
"Kembar ke. Lain nau hidung tu," tambah @zackefmh.
"Kembar apanya datok bibir datok dah macam negro suntik sana suntik sini bikin sana bikin sini, Siti elok jew bibir dia tak usik apa-apa," tambah @iamricco7 pula.
Must-Watch Video