,
Laman Utama

‘Sup Gearbox’ Siri Audio Automotif Bahasa Melayu Pertama Di Malaysia!

Amri Hassan
04/02/2021
00:46 MYT
Para peminat bidang pemotoran dan kenderaan boleh menikmati sebuah SYOKcast baharu, ‘Sup GearBox: Borak Gosip Auto bersama Erywan & Chris’ (Sup Gearbox), siri audio dunia automotif Bahasa Melayu yang pertama di Malaysia, eksklusif di aplikasi SYOK.
Musim pertama siri ‘Sup Gearbox’ ini merupakan kolaborasi SYOK bersama Drebar.my dan BehindTheWheel.my, dua portal automotif terkemuka di Malaysia.
Siri ini menampilkan Erywan Nor Shal, Ketua Portal drebar.my, dan Chris Ng, Ketua Portal BehindtheWheel.my sebagai hos-hos dan penulis siri audio santai ini. Malah, idea siri SYOKcast ini juga dibentukkan daripada dua figura berpengalaman di dalam dunia automotif Malaysia ini.
Siri audio ini membawa perbincangan khas terkini tentang dunia automotif yang pasti memberangsangkan buat para peminat, termasuk isu-isu yang kerap membelenggu para pendengar serta penyelesaiannya, seperti dalam pemilihan kenderaan, cara pengendalian kenderaan yang efektif dan pandangan-pandangan terhadap dunia automotif permotoran dan kenderaan.
Tambahan lagi, SYOKcast ‘Sup Gearbox’ ini turut mengemukakan beberapa tetamu jemputan yang mahir dalam bidang automotif seperti Gan Yong Li, juga dikenali sebagai Gan Comel, pengasas portal pandulaju.com.my dan YouTube Pandu Laju; Ahirine Ahirudin, wartawan Hlive, program terbitan Astro Ria, yang merupakan seorang penggiat sukan permotoran lasak seperti ‘off-road’ dan berkuasa tinggi, serta nama-nama besar lain di dalam dunia automotif.
Antara sepuluh topik yang akan disentuh dalam siri ‘Sup Gearbox’ musim pertama ini termasuk, ‘Kereta Baru Atau Terpakai?’, ‘Kereta Atau Motosikal?’, ‘Pinjaman 9 Atau 7 tahun’, ‘Sedan vs. SUV’, ‘Moped, Skuter dan Supermoped’, ‘Big Bike, Berbaloi Ker?’, ‘Pemandu Malaysia Teruk!’ dan lebih lagi.
Episod pertama dan kedua sudah disediakan di aplikasi SYOK, dalam kategori ‘SYOKCasts’ dan peminat-peminat boleh dengarkan episod-episod ‘Sup Gearbox’ seterusnya setiap Rabu, 11 pagi, menerusi laman rasmi dan di aplikasi SYOK.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

gempak
07/09/2024
08:25 MYT
Astro Radio dengan bangganya menganjurkan SYOK Fest 2024, bermula Jumaat hingga Ahad ini bertempat di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam.
Berita

Lelaki Maut Dilanggar Kenderaan Undur Sendiri

gempak
28/08/2024
00:55 MYT
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux miliknya yang mengundur secara tiba-tiba dalam kejadian di Kampung Pasir Putih, Jalan Padang Pulut, Jeneri, Kedah, pada Selasa.
Berita

Tesla Batal Rancangan Bina Kilang Di Malaysia, Thailand Dan Indonesia?

gempak
08/08/2024
04:55 MYT
Tesla dilaporkan membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.
Berita

Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!

gempak
15/06/2024
12:55 MYT
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.
Viral

Niat Nak Marah Tak Jadi, Pelanggan P-Hailing Tersentuh Pekerja Sanggup Hantar Makanan Tanpa Kenderaan

gempak
09/04/2024
14:55 MYT
Setiap manusia mempunyai cara berbeza-beza dalam mencari rezeki. Berikutlah yang dikongsikan di media sosial oleh seorang pengguna khidmat p-hailing di mana dirinya berasa tersentuh dengan sikap seorang penghantar makanan yang berusaha menjalankan tanggungjawab walaupun tidak mempunyai kenderaan. Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, pelan
Unitar