Laman Utama

Suruh Polis Tangkap & Penjarakan Bomoh Khurafat, Caprice Terima Ugutan 'Pak Cik Nasir Rawang' - "Itu Hanya Modal Untuk Sihir Melalui Telefon"

gempak
Amri Hassan
09/02/2021
04:25 MYT
Sponsor Banner
Suruh Polis Tangkap & Penjarakan Bomoh Khurafat, Caprice Terima Ugutan 'Pak Cik Nasir Rawang' - "Itu Hanya Modal Untuk Sihir Melalui Telefon"
Penyanyi dan usahawan Caprice mendedahkan telah menerima ugutan dan panggilan berniat untuk menghantar santau kepadanya selepas mencadangkan agar golongan pengamal ilmu hitam ditangkap dan dipenjarakan.
Dedah Caprice, dia pernah menerima panggilan sama daripada individu tidak dikenali sejak tahun lalu mendakwa telah mengahwini anak perempuannya yang difahamkan sebagai Ruhaya.
"Bomoh koyak tak puas hati call Caprice tadi. Seram. Nombor ini pernah call tahun lepas cakap nama dia Pak Cik Nasir dari Rawang dan dia tuduh Caprice kahwin dengan anak dia tanpa bagitahu dia.
"Dia tanya kita duduk mana, kerja mana, itu hanya modal untuk call dan sihir atau pukau melalui telefon. Sangat-sangat bahaya," katanya yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
Malam tadi, Caprice mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan Islam Ustaz Zul Amirul untuk membantunya mengelakkan dari terkena sihir.
Dalam video berdurasi 14 minit itu, Ustaz Zul bercakap dengan pihak berkenaan yang terdiri daripada beberapa individu. Malah, Ustaz Zul meminta pemanggil tersebut mengucap dan beristighfar beberapa kali namun tidak diendahkan.
Caprice mendapat ugutan tersebut selepas memuat naik video ulasannya mengenai kejadian mistik yang terjadi kepada pelakon Aeril Zafrel yang didakwa cuba disihir pihak yang busuk hati.
Dalam video terbabit, Caprice mencadangkan agar tindakan tegas seperti penjara dikenakan kepada individu yang terlibat dengan amalan ilmu hitam dan khurafat seperti sihir dan santau.
"Di Malaysia, bukan artis je kena. Alang-alang ilmu hitam haram dalam Islam, saya nak beri cadangan kepada pihak Jakim dan Jais apa kata mereka buat unit khas untuk tangkap bomoh dan orang yang main sihir. Tangkap mereka yang terlibat dan penjarakan.
"Lebih berfaedah ambil tindakan keras kepada mereka yang main sihir kerana ia mengganggu masyarakat daripada segi ekonomi dan kesihatan. Sihir dan santau ini tiada siapa nak," katanya.
Dalam kemaskini terbaharu, video perbualan antara Ustaz Zul dan individu yang difahamkan sebagai bomoh itu telah dipadamkan oleh Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live