Satu survey telah dikeluarkan oleh World Population Review mengenai purata usia pemuda atau lelaki di seluruh dunia hilang teruna untuk tahun 2023.

Meninjau kepada survey tersebut, organisasi bebas yang mendefinisikan hilang teruna sebagai pertama kali lelaki melakukan hubungan seks itu menyenaraikan survey dalam kalangan penduduk daripada beberapa benua termasuk Asia.

Carta usia World Population Review mendedahkan purata pemuda hilang teruna sekitar 17 hingga 20 tahun.



Namun pemuda daripada beberapa negara seperti Denmark, Sweden, Norway dan Finland masuk dalam kategori ‘pertama’ hilang teruja pada usia terbilang muda iaitu 16 tahun.

Pemuda atau lelaki dari Eropah dan Amerika Utara pula dilihat hilang teruna pada usia sekitar 17 sehingga 20 tahun. Golongan pemuda dari Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat pula dikatakan hilang teruna sekitar usia 18 tahun.

Dan nak tahu bagaimana dengan purata usia pemuda di Malaysia khasnya hilang teruna?

Survey ini menunjukkan usia purata pemuda Malaysia hilang teruna adalah sekitar usia 23 tahun. Pemuda Malaysia disifatkan merupakan usia paling ‘lambat’ malah menduduki tangga terakhir dalam carta sekaligus berjaya menjaga nilai teruna mereka.

Di belakang Malaysia adalah pemuda dari Indonesia dengan purata usia lebih kurang sama sebelum Korea Selatan, India dan Singapore pula hilang perawan pada usia 22 tahun.

Dan China, Taiwan serta Turkiye dengan rata-rata usia 21 tahun sebelum akhirnya melakukan seks buat pertama kali.

Kredit foto: Matheus Ferrero (Unsplash)

BACA: Ranveer Singh Mengaku Hilang Teruna Ketika Berumur 12 Tahun

BACA: Dedah Dipukul Putera William, Hilang Teruna Usia Belasan Tahun, Biografi Putera Harry Laris!​