Laman Utama

“Susah Nak Jadi Wanita Tinggi Akhlak, Sebab Tu…” - Amira Othman

Mya Amri
08/10/2020
05:30 MYT
Kawan yang baik juga merupakan satu rahmat. Itulah gambaran ungkapan mengenai ukhwah persahabatan antara penyanyi Amira Othman, Wany Hasrita dan Heliza Helmi.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Amira menyatakan rasa syukur kerana memiliki sahabat yang sentiasa mengingatkannya tentang kebaikan, agama dan juga menjaga akhlak.
“Masa ni baru dapat tahu dapat pergi Haji. Memang mengejut dan banyak benda tak tahu tapi kak @nurhelizahelmi macam biasa bila-bila masa dia sedia berkhidmat untuk sesiapa pun.
“Selalu suruh kami doakan dia. Tapi selalu saya terfikir, hebatnya Kakja ni rasanya masa dia kat dunia memang dia habiskan untuk saham-saham akhirat.
“Susah nak jadi wanita tinggi akhlak macam Kakja dan Wany ni kan. Kalau ada kawan macam ni korang jaga elok-elok please...
“Susah kan nak jadi baik? Sebab tu antara medium nak berubah ni kena ada kawan-kawan yang sama-sama nak berubah dan ajak kita sama-sama membuat kebaikan,” coretnya.
Coretan itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan wajah Amira, Wany dan Heliza sedang tersenyum manis.
Terdahulu, Amira dan Wany pernah ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama pada 7 Ogos 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”

gempak
18/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Amira Othman berkongsi video memperlihatkan rakan baiknya yang juga penyanyi Wany Hasrita membuka mesej peribadi (DM) daripada netizen di Instagram miliknya.
Hiburan

"Saya Selalu Tak Habiskan Tengok Video…" - Amira Othman

gempak
13/02/2024
06:50 MYT
Sama-sama kita doakan untuk Baby Hud.
The Masked Singer Musim ke 4

#TMSMY4: Akui Sedikit Keliru Dengan Konsep Masked Singer, Amira Othman & Irfan Haris Tak 'Bitter' Tersingkir Minggu Kedua

gempak
25/12/2023
00:55 MYT
Apa-apapun mereka dah cuba terbaik
Laman Utama

Irfan Haris Bersyukur Tamat Diploma, Terima Anugerah Pelajar Terbaik; “Hadiah Ini Untuk Mama Abah”

gempak
07/11/2022
02:00 MYT
Irfan Haris tamat pengajian diploma
Laman Utama

[VIDEO] "Waktu Tu Saya Baru Berpisah, Sangat Sedih & Down" - Irfan Haris

gempak
24/07/2022
13:55 MYT
Irfan Haris muncul dengan lagu baharu berjudul Bisik.