Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suspek Bunuh Isteri, Anak Direman Tujuh Hari

Ernalisa
20/08/2024 06:00 MYT
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya yang dikelar di leher dan dibuang di dalam longkang di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala, di Alor Setar pada Isnin.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar, Siti Nor Hasliza Md Ali, terhadap lelaki 43 tahun itu diperoleh di Lokap Mahkamah Alor Setar bermula hari ini sehingga 26 Ogos bagi polis melengkapkan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

BERITA BERKAITAN : Bunuh Orang Demi Keseronokan, Lelaki Jadikan Mangsa Daging Burger Sebelum Jual

BERITA BERKAITAN : Isteri Rasa Diperguna Pelumba F1, Ralf Schumacher Mengaku G*y Lepas Sedekad Kahwin

BERITA BERKAITAN : “Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin

BERITA BERKAITAN : Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kepalaran, Duduk Menanti Ihsan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, warganegara asing itu ditahan di sebuah Masjid di Bukit Pinang pada jam 9 malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan penemuan mayat seorang wanita dewasa berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun pada jam 5.04 petang di dalam longkang.

Menurut Siti Nor Salawati, siasatan di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mayat warganegara asing itu lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain dengan kesan kelar pada leher.

Katanya, bedah siasat ke atas kedua-dua mayat dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pagi Selasa.

#Anak #Isteri #Bunuh #Direman
;