Suspek utama kes pengubahan wang haram yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum melarikan diri pada 11 Oktober lalu, berjaya diberkas di sebuah pusat peranginan di Pahang, awal pagi tadi.

Suspek dikenali sebagai Alvin Goh, ditahan kira-kira jam 1.30 pagi oleh pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Seorang wanita dipercayai warga asing turut ditahan bersama Goh.

[[BACA:“Pagar Tu Tinggi 1 Kaki Atau Dia Juara Lompat Pagar Sekolah?” - Jentera ‘Bawang’ Masih Tak Puas Hati Datuk Seri Lolos SPRM, Macam Kisah Dongeng!]]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengesahkan penangkapan berkenaan.

Terdahulu, suspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

[[BACA: Polis Dedah Identiti Suspek Lompat Pagar SPRM]]

Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek yang juga dalang utama kes penipuan Macau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Sumber: BH Online