Drama gandingan hebat pelakon Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah akan muncul menemui para peminat drama bermula esok.

Drama Scammer 2 arahan Norhanisham ‘Labu’ Muhamad dengan 24 episod ini akan memberikan debaran demi debaran buat para penonton.

Gempak senaraikan lima sebab kenapa anda perlu menonton drama bersiri Scammer 2:

1. Mendebarkan dan beremosi dengan visual yang cantik.

Perasaan penonton akan dibawa selari dengan cantiknya visual dan kuatnya jalan cerita yang dibawakan dalam Scammer 2. Jalan cerita yang lebih intens dan beremosi dengan dibaluti dengan sinematografi yang sangat cantik.

2. Pelakon-pelakon hebat yang memberikan komitmen mantap.

Gabungan pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim membawakan pelbagai karakter dalam drama ini.

Beto membawakan watak Taqriz, anak yang mahu membalas dendam terhadap kematian ayahnya. Manakala Zahiril membawakan watak Rudi, seorang penunggang agama.

Kekuatan lakonan ini ditambah lagi dengan lakonan Farah Nabilah yang merupakan pelakon wanita kegemaran ramai dengan membawakan watak sebagai Liya.

3. Menjadi bahan bualan netizen sejak Scammer 1

Drama Scammer 1 telah menjadi ‘talk of the town’ ketika ditayangkan kerana konsep, jalan cerita dan kualiti produksinya. Untuk Scammer 2, ia adalah versi ‘upgrade’ dari drama Scammer terdahulu. Memang mantap!

Isu-isu berkaitan dekat dengan situasi penonton. Membawakan penonton mengenali modus operandi scammer dengan lebih dekat kerana isu yang dibawakan lebih mengena dan berkaitan dengan audiens semasa.

Malahan tema yang dibawakan dalam siri produksi Radius One ini seperti pembalasan dendam, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan pengkhianatan lebih dekat dan berapi dengan pembaharuan dari Scammer 1.

5. Siapa penunggang agama?

Isu penunggang agama memanipulasikan anak tahfiz menjadi viral beberapa tahun kebelakangan ini dan masih berterusan menjadi percakapan ramai.

Isu ini merupakan elemen penting dalam penceritaan Scammer 2. Penonton bakal bercampur emosi menonton Zahiril Adzim membawatan watak ustaz Rudi!

Saksikan drama bersiri Scammer 2 bermula 18 April ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.