Laman Utama

Sweetnya Ucapan Anniversary Perkahwinan Ke-11 Buat Isteri, Tengku Zafrul Janji Bawa Hadiah Ikan Bilis Sabah - “Saya Akan Cari..”

gempak
Azwa Rahman
14/02/2022
11:12 MYT
Sponsor Banner
Sweetnya Ucapan Anniversary Perkahwinan Ke-11 Buat Isteri, Tengku Zafrul Janji Bawa Hadiah Ikan Bilis Sabah - “Saya Akan Cari..”
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mencatat nukilan romantik buat isteri tersayang, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang disambut pada 13 Februari setiap tahun.
Menerusi laman sosial Facebook, Tengku Zafrul menulis nukilan indah tersebut sambil memuat naik momen sewaktu majlis pernikahan mereka yang diadakan di dalam sebuah masjid untuk tatapan umum.
"Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kesebelas. Sungguh cepat masa berlalu. Hari akad nikah kami rasanya seperti baru semalam.
"Syukur kepada Allah SWT kerana menemukan jodoh dengan isteri saya, yang juga ibu dan tunggak terbaik buat keluarga kami. Every day with you is a blessing, Alhamdulillah," tulis Tengku Zafrul pada petang Ahad.
Dalam pada itu, berikutan tuntunan tugas rasmi di Sabah, beliau tidak dapat bersama dengan isterinya yang merupakan seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan itu bagi meraikan hari istimewa mereka.
"I am sorry I can't be with you today due to official duties, tapi Insya-Allah saya akan cari ikan bilis yang terbaik di Sabah untuk kita cuba!" katanya.
Menyifatkan isterinya sebagai tulang belakang bagi setiap kejayaannya, Tengku Zafrul amat menghargai semua pengorbanan Raja Johanna demi tanggungjawab yang dipikul.
Malah, isterinya juga seorang yang sentiasa mengutamakan keperluan keluarga terutamanya sewaktu pemergian beliau untuk tugasan rasmi.
“Terima kasih Dina kerana sentiasa memastikan semua keperluan keluarga dipenuhi terutama dengan ketiadaan saya yang kerap akibat tanggungjawab rasmi, dari dulu sampai sekarang," katanya.
“Dina, thank you for saying yes, thank you for being the pillar of our family and above all, for accepting me for who I am and who I aspire to be.
"Dan sudah tentu terima kasih kerana menerima saya walaupun pada masa itu saya lebih 'berisi' dan mungkin kurang handsome berbanding sekarang," tambahnya lagi.
Sekadar info, Tengku Zafrul dan Raja Johanna dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live