Syabira Yusoff, peserta The Great British Bake Off kelahiran Malaysia dinobatkan sebagai juara program berkenaan bagi musim ke-13 semalam.
Penyelidik kardiovaskular berusia 32 tahun itu berjaya mengalahkan dua lagi peserta lain pada pusingan final iaitu Sandro Farmhouse, 30, dan juga Abdul Rehman Sharif, 29.
Pada pusingan akhir, Syabira dan peserta lain diminta untuk menghasilkan hidangan yang boleh disajikan untuk berkelah pada musim panas.
Selain itu, mereka diminta untuk menggunakan bahan-bahan yang bermusim daripada seluruh United Kingdom.
Peserta diminta untuk menghasilkan kek, pai sayur-sayuran dan sandwich.
Syabira berkata, kemenangannya menerusi The Great British Bake Off merupakan pencapaian yang besar dalam hidupnya.
“Saya masih tak percaya, jujurnya masih belum hadam lagi. Segala kerja keras, cuba dan jaya, berbaloi,” katanya seperti yang diterbitkan menerusi DailyMail.
Disiarkan di Channel 4, The Great British Bake Off merupakan rancangan realiti bertemakan kulinari yang menyaksikan para pesertanya membikin pelbagai jenis roti, kek dan pastri.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Thu Nov 17 2022


Sam Smith Dituduh Cuba Normalisasikan Budaya P*rnografi Melalui Video Klip?
Penyanyi Sam Smith baru merilis single terkininya, I'm Not Here To Make Friends.

Tertembak Kru Sampai Mati, Faktanya Alec Baldwin Sedang Bercakap Di Telefon
Aktor dan penerbit Alec Baldwin didakwa sedang bercakap di telefon sewaktu insiden tertembak mati kru di set penggambaran filem Rust di Mexico, Oktober tahun lalu.

"Letih Sampai Menangis..."- Ayda Jebat Turun 5kg Akui Penat & Tak Cukup Tidur
Ayda Jebat Turun Berat Badan

“Ni Bukan Tipu-Tipu Kan?” - Park Seo Joon Nak Datang Malaysia! Peminat Tak Sangka, Siap Ajak Lepak Minum
Okay yang ni memang tak sabar nak jumpa!

“Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat
Alaaaa sweetnya Yura Yunita ni...

Netizen Tegur Penampilan Tak Cantik Macam Dulu, Mawar Karim : “Sekarang Ini Lebih Bersyukur, Tenang Sebab Duit Tak Habis Lesap”
Cantik je Mawar...
![[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…” [VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-25_2.png?ext=.png)
[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”
Sweet!

Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Penerbit Drama Wan Hasliza?
Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza

Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

"Gilalah! Nasi Lemak RM0.90 Sen..." - Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu
Tak masuk akal harganya!