,
Laman Utama

Syafiq, Esra Disoal Siasat, Penonton Resah Apa Yang Akan Berlaku Seterusnya Dalam I-Tanggang Malam Ini!

Izwan Isa
15/11/2021
08:50 MYT
Menerusi sedutan-sedutan episod baharu I-Tanggang yang disiarkan di laman sosial milik Astro Shaw, penonton dapat menyaksikan watak Syafiq dan Esra yang ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam cubaan membunuh Erma.
Pada klip video yang dimuat naik, suasana sedih menyelubungi adik-adik Syafiq apabila abangnya disyaki terlibat dalam jenayah berkenaan dan diheret ke ibu pejabat pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Pada babak seterusnya, iaitu dalam bilik soal siasat, pihak berkuasa menunjukkan satu per satu bukti yang memberikan gambaran bahawa Syafiq dan Esra berada di tempat kejadian ketika Erma ditemui.
Sungguhpun Syafiq kelihatan gugup ketika disoal siasat sambil ditunjukkan bukti daripada tangkap layar CCTV, namun, Esra pula berdalih dan menafikan dia berada di sana ketika percubaan pembunuhan itu sedang berlaku.
Meninjau ruangan komen di TikTok pula, rata-rata penonton tidak sabar untuk menyaksikan episod baharu I-Tanggang. Dalam pada itu, ada juga yang berharap agar Khay memberitahu pihak berkuasa tentang hal yang sebenar agar nasib Syafiq serta Esra terbela.
Apakah nasib Esra, Syafiq dan Khay? Jangan lupa saksikan sambungan I-Tanggang menerusi episod baharu pada malam ini.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.
Berita

Serangan Balai Polis: Ibu, Bapa Tiada Kekuatan Lihat Barang Arwah Konstabel Muhamad Syafiq

gempak
08/06/2024
23:55 MYT
Ahli keluarga kepada Konstabel Muhamad Syafiq, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, mengaku tidak sanggup untuk membuka bungkusan barang peninggalan Allahyarham yang diterima mereka.
Laman Utama

Syafiq Kyle & Mimi Lana Tunggu Masa Nak Kongsi Tarikh Nikah - “Saya Rasa Semua Orang Yang Melalui Proses Ini Akan…”

gempak
12/07/2023
07:50 MYT
Mesti tak lama je lagi ni...
Laman Utama

#PE3: Tidak Mahu Sama ‘Level’, Syafiq Kyle Akui Gementar Bergandingan Dengan Zizan Razak & Shahiezy Sam - “Saya Percaya Setiap Pelakon Ada…”

gempak
30/05/2023
05:55 MYT
Syafiq pun power boh!
Laman Utama

Bahang ‘Polis Evo 3’ Kian Terasa, Syafiq Yusof Berlapang Dada Terima Kritikan - “Bagi Saya, Apa Salahnya Kalau Seorang Pengarah…”

gempak
23/05/2023
08:50 MYT
Syafiq sedia terima kritikan.