Pasangan duet popular Syamel dan Ernie Zakri selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Puncak Alam sebentar tadi.

Syamel dan Ernie dinikahkan tepat jam 10.30 pagi berwalikan bapa ernie, Zakri Ahmad.

Dalam majlis tersebut, Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian, namun wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang oleh keluarga perempuan tetapi hantaran tidak dibawa bersama sebagai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Majlis meraikan mempelai kemudian berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat di sebuah resort persendirian di Serendah, Selangor dengan tema melayu klasik.

Imbas kembali, Syamel dan Ernie mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020 dalam sebuah majlis ringkas di kediaman Ernie.

Kredit foto: Sweetpictures_kl