Penyanyi Syamel dan pasangannya Ernie Zakri bakal disatukan sebagai suami isteri pada pagi esok.

Menggunakan tanda pagar #GoodbyeHelloBMKN, berita baik tersebut diumumkan pasangan itu menerusi laman YouTube mereka sebentar tadi.

A post shared by @syamel_official


Majlis pernikahan Syamel, 28 dan Ernie, 29, akan diadakan secara tertutup di sebuah masjid dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Difahamkan Pihak Syamel akan memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dan seutas gelang tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Menurut Syamel, mereka berdua teruja untuk berkongsi hari kegembiraan bersama dengan semua peminat.

“Kitaorang sepakat umum dalam media sosial sebab lagi mudah berbanding menganjurkan sidang media khas.

“Kalau boleh memang nak kongsi kegembiraan ini dengan semua. Harap semua boleh doakan kesejahteraan kami dan majlis nikah berlangsung sempurna,” ujar Syamel ketika dihubungi Gempak.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada 3 April 2021 dengan tema Black Tie.

Imbas kembali, Syamel dan Ernie mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020 dalam sebuah majlis ringkas di kediaman Ernie.